Friday, 11 March 2022

Hari pertama pembukaan Mydin Mall Tunjong

Salam Jumaat. Merujuk artikel Tahun baru, blog baru yang dipersembahkan pada Jumaat lepas. Artikel tersebut mengenai pengenalan blog yang baru mengenai gambar-gambar masjid yang sempat dirakam pada tahun-tahun sebelum ini. Apapun saya nak ceritakan sedikit perjalanan ringkas tentang hari pertama pembukaan Mydin Mall yang dikatakan terbesar di Malaysia. 









Petang semalam Khamis 10 Mac 2022 saya baru keluar dari kerja terus ke Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu. Letanya dalam 4 km dari rumah saya. Mydin merupakan pasaraya hak milik 100% bumiputera Malaysia diasaskan pada tahun 1957. Yang mana kedai pertamanya terletak di Jalan Tok Hakim, Kota Bharu.Memang tak dapat dinafikan, orang Kelantan memang ramai maju dari segi jenis bisnes dan perniagaan untuk mengaut keuntungan. 





Ketika saya pergi Mydin Mall itu ada satu kemalangan kecil membabitkan Proton Wira dan Mercedes. Nasib baik semua selamat. Cuma hanya kerosakan kecil di bahagian kereta ketika berhenti di lampu isyarat sahaja. 




Kita zoom sikit apa yang menarik di dalam Mydin Mall Tunjong ini. Menariknya  yang jarang sekali dapat dilihat di pasaraya mall lain adalah surau diasingkan di ruang luar. Siap juga dilengkapi jejantas di tingkat atas. Kebiasaan surau dibina secara berasingan hanya dibina di bangunan yang mempunyai pengasingan sahaja. Kemungkinan berada di dalam dan luar Mydin Mall ini kalau setiap kali waktu solat azan akan berkumandang melalui surau. 

Menariknya di pasaraya yang hanya di negeri Kelantan sahaja kalau tak silap, setiap kali waktu solat azan akan dipasang bagi menghormati waktu solat dan bagi hari Jumaat dalam lebih kurang 12.30 tengahari - 2.30 petang pasaraya akan ditutup bagi memberi ruang untuk menunaikan solat Jumaat. 




Cuma ketika ini waktu pandemik hanya boleh dapat dilihat dari luar sahaja. Saya rasa boleh masuk cuma waktu hari pertama pembukaan Mydin Mall ini memang agak ramai. Cuma yang saya dapat tahu maklumat ialah bahagian tempat menjual pelbagai barangan basah dan kering. Barangan lain yang dijual 10 sen seperti ikan segar dan sepeket mee. InsyaAllah kalau ada kepanjangan masa lagi bolehlah datang ke Mydin Mall Tunjong ini. 



No comments:

Post a Comment