Sunday, 18 September 2022

Kenduri Bangi 2022 - Ziarah bekas peninggalan di sekitar Bangi

Salam Ahad 21 Safar 1443H. Kalau kita kira sudah buat 'derek' satu artikel sebelum ini. Merujuk kepada artikel Gala Kokurikulum SMK Kota 2022 yang dipersembahkan Jumaat lepas, iaitu semasa hari Malaysia. Maka bersambung lagi daripada artikel Kenduri Bangi 2022 - Antara majlis kenduri dan Nilai. Masuk pula hari ke-5 perjalanan keluarga. 




Pagi Rabu 7 September 2022 singgah di makam nenek di Sungai Tangkas, Bangi. 




Untuk pengetahuan arwah nenek saya telah meninggal dunia pada 11 Januari 2010. Ketika itu saya berada di darjah 4. Bermakna sekarang sudah lebih 12 tahun nenek meninggalkan kami semua. 

Sedekahlah Al-Fatihah dan doakan arwah nenek berada bersama-sama di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah. 

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ. الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. مٰلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ. اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ. اِھْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَـقِيْمَ. صِرَاطَ الَّذِيۡنَ اَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ ۙ غَيۡرِ الۡمَغۡضُوۡبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا الضَّآلِّيۡنَ. آمين




Selesai itu singgah pula di Taman Langat Jaya, Bangi. 




Seterusnya singgah di kawasan kebun di mana bekas rumah ayah tiri saya yang mana berdekatan dengan rumah itu. Letaknya betul-betul bersebelahan dengan surau. Lihat artikel Lawatan baru ke Surau Al-Islah, Taman Langat Jaya di blogspot Jom ke Masjid




Siap berendam kaki lagi di kuala sungai dengan airnya begitu deras mengalir...




Selepas itu singgah pula di bekas rumah tersebut. Kalau tak silap awal tahun 2021 berpindah ke tempat asal. Sekarang rumah ini akan disewa kepada sesiapa walaupun persekitarannya hampir ditumbuhi semak-samun. Selepas itu singgah di kedai berhampiran dengan rumah ibu tiri. Singgah solat Zohor di surau berdekatan. Lihat Surau At-Taqwa, Bandar Baru Bangi waktu siang



No comments:

Post a Comment