Friday 16 September 2022

Gala Kokurikulum SMK Kota 2022

Beralih kepada sambutan yang dijalankan di sekolah semalam pula...




Salam Hari Malaysia. Tanggal 16 September setiap tahun dalam ingatan sejarah kepada semua ialah Hari Malaysia disambut semperna memperingati pemasyhuran Persekutuan Tanah Melayu kepada Malaysia serta Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia pada tahun 1963, 59 tahun yang lalu. 


Merujuk kepada artikel Kenduri Bangi 2022 - Antara majlis kenduri dan Nilai yang dipersembahkan Rabu lepas. Adapun saya belum lagi selesai perkongsian tentang perjalanan ke Bangi baru-baru ini. Selepas itu daripada pesanan laman Facebook menyatakan Sekolah Menengah Kebangsaan Kota telah menganjurkan Sambutan Gala Kokurikulum SMK Kota 2022 diadakan pada Rabu 14 dan Khamis 15 September. Antara aktiviti yang dijalankan seperti hari koperasi, gerai jualan, pameran serta pertandingan, persembahan serta majlis perasmian penutupan semperna sambutan bulan kebangsaan. 




Cuma saya dapat menyertainya pada Khamis 15 September, iaitu semalam. Saya dapat menyertainya cuma tak begitu lama disebabkan saya terlalu sibuk. 





Saya datang ke sini untuk bertemu mata dengan guru-guru yang pernah mengajar masa itu. Banyak gerai-gerai jualan dan pameran agensi luar telah disediakan oleh pihak koperasi sekolah iaitu Koperasi SMK Kota Berhad (KopTa). 















Tak lupa juga saya sempat memeriksa keadaan kesihatan dan menderma darah. 

Jadi itulah gambar yang sempat saya ambil semasa sambutan Gala Kokurikulum SMK Kota 2022. Masa itu semperna sambutan majlis perasmian penutupan bulan kebangsaan dan Gala Kokurikulum SMK Kota 2022 yang akan disempurnakan oleh Setiausaha Politik Dalam Negeri, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi. Korang yang nak tahu ini adalah artikel yang ke-179 di blogspot Nota Untukmu ini. Sekian ;-)




No comments:

Post a Comment

Dari Pasir Puteh ke Kuala Besut penghujung Jun 2024

Salam 22 Muharram 1446 Hijriah. Ini ada satu lagi perkongsian yang dibuat sebulan lalu.  Pagi Sabtu 29 Jun 2024 bermulalah dengan satu perja...