Tuesday, 15 November 2022

Kenduri besar di Bukit Kiara - Bermalam di dua tempat sebelum berakhir perjalanan

Salam semua. Sampai masanya untuk mengakhiri cerita perjalanan. Bersambung daripada Kenduri besar di Bukit Kiara - Berjoging-joging dan majlis besar




Pagi Ahad 6 November 2022. Setelah bermalam di Petaling Jaya kami meninggalkannya untuk perjalanan seterusnya. 













Sampai di rumah ibu saudara di Pusat Bandar Hicom, Shah Alam jam 10.25 pagi. Rumah ini dikatakan menjadi tempat persandingan anak buah yang berlangsung di pusat konvensyen Sime Darby pada Sabtu itu. 





Esoknya petang Isnin 7 November setelah bermalam di Shah Alam terus meninggalkannya untuk memasuki Bandar Baru Bangi dalam keadaan hujan lebat. 





Jam 2.55 hujan lebat mulai surut...









Esoknya pula Selasa 8 November mengajak bapa tiri terus ke restoran makanan Kelantan di Sungai Merab untuk menikmati sarapan pagi. 





Jam 10.30 baru meninggalkan Bangi. 





Diteruskan lagi perjalanan dengan memasuki lebuh raya Central Spine Road di Bentong. Tetapi masih lagi menggunakan jalan yang menghubungkan Raub dan Kuala Lipis disebabkan lebuh raya Spine Road sepanjang laluan itu belum siap. Apabila siapnya lebuh raya itu maka akan mengambil alih fungsi dari laluan yang masih digunakan sekarang. 




Dari bandar Raub meneruskan lagi perjalanan untuk sampai ke Kuala Lipis. Singgah di masjid ini untuk menjamakkan solat. Lihat artikel Masjid Tengku Abdullah, Gali Tengah, Raub dan Surau Al-Hidayah, Gali Tengah di blogspot Jom ke Masjid





Dari Kuala Lipis meneruskan lagi perjalanan untuk sampai ke Gua Musang. 





Tengok-tengok lebuh raya CSR Padang Tengku ke Gua Musang ditutup. Mungkin laluan ini terus bersambung lagi ke atas. Teringat lagi simpang lebuh raya ini tempat saya dan keluarga berhenti rehat. Lihat artikel lama Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Menutup siri cerita ke Gua Musang dengan beberapa dugaan




Dari Chegar Perah terus melalui lebuh raya CSR untuk memasuki sempadan negeri Kelantan. 





Sepertimana dirancang semasa perjalanan hari pertama itu kami berhasrat untuk ke masjid unik ini yang letaknya berdekatan dengan bukit batu kapur. Lihat Masjid buluh, Gua Musang









Pemandangan dari atas bolehlah pula melihat sebegini rupa replika Masjid Haram yang besar dengan dikenali nama Masjid Razaleigh dan dikelilingi laluan kereta api. Kini menjadi tarikan terbaru untuk menaiki kereta api ke Dabong yang dikenali sebagai 'Train to Dabong'. 

Ada masa nanti insya Allah saya akan ke Dabong dengan menaiki kereta api sama ada dari Wakaf Bharu atau Pasir Mas. 




Tapi cukuplah gambar dengan menggunakan zoom-in. Uniknya masjid ini memiliki 9 menara, replika Kaabah dan binaan sama seperti Masjidil Haram yang dahulu kala. 





Dari Gua Musang bergeraklah kami ke Kuala krai untuk sampai ke Kota Bharu. Terus mengambil laluan Machang ke Dewan Beta untuk sampai ke rumah. Telah sampai tepat jam 7.20 malam dengan jarak pemanduan keseluruhan ialah 976 km. Sekian sahaja dahulu cerita ini. Wasalam :-)




No comments:

Post a Comment