Salam Jumaat. Dan juga diucapkan lagi dengan selamat menyambut hari keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. Diteruskan lagi dengan memasuki hari ke-2 perjalanan di Lembah Klang lalu bersambung pula daripada Kenduri besar di Bukit Kiara - Satu perjalanan tersilap masuk Genting.
Pagi Sabtu 5 November 2022. Bermalam di sebuah homestay dan pagi seterusnya perjoging di sekitar taman depan kawasan ini.
Saya merakam gambar menggunakan telefon Apple iPhone 7 dengan hasil gambar agak baik, terang, cantik dan bertahan walaupun usianya sudah lebih 6 tahun. Ini adalah model ke-2 Apple saya selepas iPhone 6. Terpaksa merakam gambar menggunakan telefon ini disebabkan telefon satu lagi masih dicas.
Jam 11.30 baru sampai di Bukit Kiara di mana ada satu majlis perkahwinan anak buah di pusat konvensyen Sime Darby.
Pasangan anak buah itu adalah seorang lelaki yang berasal dari Norway...
Jadi cukuplah gambar yang saya dapat ketika majlis ini...
No comments:
Post a Comment