Saturday, 24 September 2022

Kenduri Bangi 2022 - Segalanya telah berakhirnya perjalanan

Salam semua. Bersambung lagi bahagian cerita Kenduri Bangi 2022 - Ziarah bekas peninggalan di sekitar Bangi. Ini adalah hari ke-6 yang juga terakhir siri perjalanan. 




Pagi Khamis 8 September 2022. Setelah 7 hari 6 malam bermalam di Bangi kami terus meninggalkannya. 




Kami terus mengambil laluan bandar raya Kuala Lumpur untuk sampai ke Lebuh Raya Karak. 




Singgah di stesen minyak di Bentong untuk melihat apa sesuatu di sebalik belakang. 





Oh! Ini adalah projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka bersambung ke laluan ibu kota hingga ke Kelantan. Jangkaan siap kemungkinan pada tahun 2026. Bermakna kelajuan dari ibu kota ke Kota Bharu dijangka sampai lebih kurang 4 jam. 




Kalau dulu kita masuk ke bandar Bentong tapi ini kali kedua kita kembali ke Raub dengan melalui laluan Central Spine Road (CSR) semenjak kali pertama lalu pada hari pertama perjalanan kita ini. Nak banyakkan lagi beberapa artikel yang pernah dikongsi laluan dulu ini boleh dikongsikan melalui artikel lama lain. 




Dari Raub terus mengambil sekali lagi ke CSR Kechai Tui untuk sampai ke Gua Musang. Jam 3.26 telah sampai ke sempadan negeri Kelantan berdekatan Mentara dan seterusnya keluar melalui persimpangan Mentara. 




Selepas Mentara terus ke bandar lama Gua Musang. Singgah di masjid baru bandar Gua Musang atau lebih dikenali 'Masjidil Haram Gua Musang'. Untuk pengetahuan ia baru sahaja dibuka pada 1 April lepas, semasa kerajaan telah membenarkan solat berjemaah di masjid dan surau dengan syarat rapatkan saf dan kini dijadikan sebagai masjid bandar. Lihat artikel Masjid Razaleigh setelah dibuka di blogspot Jom ke Masjid




Terasa nak bergambar di dewan solat masjid baru ini bolehlah bergambar melalui cermin. Ayah saya pun telah menelefon daripada ibu saudara dari Teluk Panji telah memberitahu bahawa ibu kepada ibu saudara itu telah kembali ke rahmatullah pada waktu ini. Inna lillahi wainna ilaihi raji'un. Untuk makluman jenazah akan dijangka dikebumikan di Gaung Pendek pada keesokan pagi itu. Nasib baiklah dapat kembali ke rumah. 




Dari menghadap jammed dari Kuala Krai ke Machaang baiklah singgah di masjid ini. Lihat Masjid Cabang Tiga Batu Jong





Jam 10.15 malam kami telah sampai ke rumah dengan meter menunjukkan telah berjalan jauh dalam sekitar 694 km. Sekian. Tamat :-)




Sunday, 18 September 2022

Kenduri Bangi 2022 - Ziarah bekas peninggalan di sekitar Bangi

Salam Ahad 21 Safar 1443H. Kalau kita kira sudah buat 'derek' satu artikel sebelum ini. Merujuk kepada artikel Gala Kokurikulum SMK Kota 2022 yang dipersembahkan Jumaat lepas, iaitu semasa hari Malaysia. Maka bersambung lagi daripada artikel Kenduri Bangi 2022 - Antara majlis kenduri dan Nilai. Masuk pula hari ke-5 perjalanan keluarga. 




Pagi Rabu 7 September 2022 singgah di makam nenek di Sungai Tangkas, Bangi. 




Untuk pengetahuan arwah nenek saya telah meninggal dunia pada 11 Januari 2010. Ketika itu saya berada di darjah 4. Bermakna sekarang sudah lebih 12 tahun nenek meninggalkan kami semua. 

Sedekahlah Al-Fatihah dan doakan arwah nenek berada bersama-sama di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah. 

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ. الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. مٰلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ. اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ. اِھْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَـقِيْمَ. صِرَاطَ الَّذِيۡنَ اَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ ۙ غَيۡرِ الۡمَغۡضُوۡبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا الضَّآلِّيۡنَ. آمين




Selesai itu singgah pula di Taman Langat Jaya, Bangi. 




Seterusnya singgah di kawasan kebun di mana bekas rumah ayah tiri saya yang mana berdekatan dengan rumah itu. Letaknya betul-betul bersebelahan dengan surau. Lihat artikel Lawatan baru ke Surau Al-Islah, Taman Langat Jaya di blogspot Jom ke Masjid




Siap berendam kaki lagi di kuala sungai dengan airnya begitu deras mengalir...




Selepas itu singgah pula di bekas rumah tersebut. Kalau tak silap awal tahun 2021 berpindah ke tempat asal. Sekarang rumah ini akan disewa kepada sesiapa walaupun persekitarannya hampir ditumbuhi semak-samun. Selepas itu singgah di kedai berhampiran dengan rumah ibu tiri. Singgah solat Zohor di surau berdekatan. Lihat Surau At-Taqwa, Bandar Baru Bangi waktu siang