Friday, 5 May 2023

Raya di kampung 2023 - Beraya di sekitar rumah di Kota Bharu

Salam Jumaat 14 Syawal 1444H. Ini merupakan hari yang baik untuk memulakan puasa 6 hari Syawal dan sekali pahala puasa sunat hari Isnin dan Khamis dan puasa hari putih (pertengahan bulan Islam iaitu 13, 14 dan 15). Merujuk kepada artikel Sekitar kenangan Raya 2023 yang dipersembahkan 4 hari lalu. Sekarang barulah memulakan perkongsian...




Pagi Sabtu 22 April 2023 merupakan hari raya Aidilfitri yang pertama. Saya dan keluarga menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid mukim Pendek iaitu berhampiran dengan rumah saya. 





Inilah rumah bapa saudara saya di Jalan Bayam pada pagi raya ke-2 (Ahad 23 April). ketika tahun 80an sehingga tahun 2021 mereka berada di Kajang, kemudian balik semula ke negeri tanah airnya. 





Seterusnya jam 12 tengah hari singgah di rumah peninggalan arwah di Taman Desa Wangi, Pasir Tumboh. Sambil-sambil itu singgah di antara tempat ini iaitu Masjid Taman Desa Wangi, Pasir Tumboh di blogspot Jom ke Masjid






Tengah hari Isnin 24 April bersamaan 3 Syawal berada di rumah sepupu ayah di Bunut Susu. 





Letaknya betul-betul bersebelahan masjid. Lihat Masjid baru Bunut Susu




No comments:

Post a Comment