Tuesday, 9 May 2023

Raya di kampung 2023 - Beraya di sekitar Jeli

Salam. Diteruskan lagi bahagian ke-2 cerita raya. Bersambung daripada Raya di kampung 2023 - Beraya di sekitar rumah di Kota Bharu





Isnin 24 April 2023 malam kami sampai ke Jeli. Esoknya Selasa 25 April saya banyak menghabiskan masa untuk berjoging di sekitar Taman Kifayah. 





Kemudian ternampak sebuah kereta yang dikatakan terlibat dalam kemalangan. Kerosakan hanya bahagian bawah sahaja akibat rempuhan. Punca kemalangan belum diketahui. Tuan pemandu lori kata kereta masih baru beberapa hari sebelum raya. 





Sambil itu juga melawat di rumah datuk saudara yang selalu bergaul dengan sebelah rumah saya. Cuma keberadaan isteri dan anaknya yang masih kecil sedangkan dia balik kampung sendiri. 





Jam 10.45 sebelum pulang ke Kota Bharu kami membawa berjalan-jalan di sekitar bandar Jeli. 






Masuk ke pasar borong...





Kali ini pekena hidangan mee celup...






Hari sama juga diadakan sambutan hari raya Aidilfitri Perdana Perikatan Nasional (PN) Parlimen Jeli. Dahulunya ditadbir oleh Datuk Seri Mustapa Mohamad atau Tok Pa. Beliau juga ahli parlimen kawasan ini, dan kini masih memegang penyandang DUN Ayer Lanas. 











Lalu bertemu mata beberapa wakil seperti YB Haji Afandi Adun Kuala Balah, Tok Pa, YB Zahari Kechik Ahli Parlimen Jeli dan beberapa lagi perwakilan PN. Beberapa anak perantauan turut hadir memeriahkan majlis tersebut. 








No comments:

Post a Comment