Saturday, 13 May 2023

Raya di Pantai Timur 2023 - Beraya di Lanchang dan Jengka

Merujuk pada artikel Raya di kampung 2023 - Beraya di sekitar Jeli yang dipersembahkan Isnin lepas. Lalu telah diselang-selikan juga dari perjalanan  semperna hari raya yang dilakukan di 2 negeri di Pantai Timur baru ini. 




Saya, keluarga dan ibu saudara (dari Melaka berasal di kampung saya, Pendek) bertolak pagi Khamis 27 April 2023 bersamaan 6 Syawal 1444H. 





Singgah pula di kawasan rehat pertama di Gua Musang melewati jam 11.20 untuk membasuh muka dan bertukar pemandu. 





Melihat alangkah begitu ramai perantau dari negeri kita singgah semperna cuti panjang dan perayaan kali ini. Nak kata raya kali ini ramai bertemu mata dengan sahabat, saudara mara dan ramai lagi dalam setahun sekali setibanya pada hari raya Aidilfitri. 





Seterusnya menyambung perjalanan dari Gua Musang untuk sampai ke Merapoh. Kini giliran ibu saudara pula memandu. Ibu saudara berusia 59 tahun sudah bersara dari insan yang bergelar guru lebih setahun lalu disebabkan pendengaran kurang memuaskan. Alangkah begitu banyak kenderaan disebabkan ramai yang ingin pulang setelah tamat cuti raya. Ditambah lagi jalan utama di Gua Musang ditutup untuk memberi laluan kepada kerja-kerja projek Central Spine (CSR) bermula sejak pertengahan Ramadan lalu. 





Singgah pula menunaikan solat Zohor berjemaah di masjid lalu menjamakkan solat. Lihat Masjid Kampung Penjom di blogspot Jom ke Masjid






Perjalanan diteruskan melalui Kuala Lipis untuk ke bandar Raub. 






Dari Raub kami melalui jalan lama Bentong untuk menghala ke Temerloh. 






Kami pun sudah sampai ke rumah sepupu ayah jam 4 petang. Timbul rasa kepenatan saya pun tertidur. Keadaan kereta yang kami pandu tercemar dengan habuk pasir setelah mengharungi jalan lama Bentong ke Lanchang. Kali ini baru sampai di Lanchang setelah hampir 5 tahun lalu, ketika itu juga masa hari raya Aidilfitri. 






Menjelangnya Maghrib malam Jumaat kami terus menyambung perjalanan untuk sampai ke Jengka. 





Jam 8.33 baru sampai ke Felda Jengka 6 lalu bermalam di sini. Kali ini kami berjumpa dengan sepupu ayah pula setelah hampir 12 tahun tidak dapat berjumpa dengannya disebabkan umur mereka sudah melebihi 60 tahun dan tidak boleh memandu kenderaan yang sangat jauh kerana kekurangan fizikal. 





Kali ini melihatnya semasa umur saya dalam lingkungan 10-11 tahun dan adik saya pula masih kecil lagi. Ketika itu ada kenduri rumah ibu saudara di Gaung Pendek. 




No comments:

Post a Comment