Monday, 15 May 2023

Raya di Pantai Timur 2023 - Dari Jengka beraya di Terengganu

Salam 24 Syawal. Bersambung pula hari ke-2 perjalanan di 2 negeri Pantai Timur. Bersambung pula daripada Raya di Pantai Timur 2023 - Beraya di Lanchang dan Jengka




Pagi Jumaat 28 April 2023 (raya ke-6) sebelum meninggalkan rumah di Felda Jengka 6 kami terus sesi bergambar bersama. 





Jam 11.30 baru boleh bertolak...





Dari Jengka terus mengambil laluan di Maran untuk menghala ke LPT2. 





Kami sudah sampai di rumah sepupu ayah di Binjai, Kemaman jam 2.25 petang. 






Dahulu sini diadakan majlis kenduri anak sepupu ayah dalam 10 tahun yang lalu. Ketika itu saya berumur 13 tahun (tingkatan 1). Sekarang umur saya 23 tahun. Rumah sebesar macam ini tiada lagi. Kawasan ini boleh diletakkan khemah untuk acara makan dan parking kereta. Kali terakhir singgah di sini pada tahun lalu. Lihat artikel Perjalanan ke Terengganu semperna Syawal - Hari raya ke-6 di Terengganu





Di sebelahnya terdapat projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang kini sedang didirikan dan hampir 50 peratus siap. 






Menurut dalam jangkaan projek ini akan siap pada hujung tahun 2026. Masa itu saya mungkin sudah berkahwin atau sebaliknya. Kemungkinan stesen ECRL akan didirikan di kawasan Kemaman ini juga. 




No comments:

Post a Comment