Friday, 19 May 2023

Raya di Pantai Timur 2023 - Dari 'derak' Terengganu mahu kembali ke Kelantan

Salam 28 Syawal. Sedar tak sedar esoknya berakhirnya bulan Syawal dan kini tibalah masanya untuk memasuki hari terakhir perjalanan lalu bersambung daripada Raya di Pantai Timur 2023 - Dari Kemaman ambil angin bercuti di Terengganu




Pagi Ahad 30 April 2023 kami terus keluar ke bandaraya Kuala Terengganu. 










Kalau ikutkan singgah di Kompleks Paya Bunga, belakang stesen bas untuk melangsaikan hutang. 





Jam 12.42 singgahlah di Pasar Payang pula...











Terus mengambil laluan jambatan angkat untuk sampai ke Gong Badak. 






Dari Gong Badak pula singgah pula di sebuah masjid. Lihat artikel Masjid Padang Nanas di blogspot Jom ke Masjid





Berhenti singgah beli keropok di Merang, Setiu. Disebabkan ramai orang di salah satu kedai keropok paling popular di Pantai Timur, maka tidak mahu untuk singgah di situ. Antara perancangannya oleh ibu saudara sebagai cenderamata yang mahu ke Terengganu. 






Selepas itu kami sampai ke Kelantan dengan melalui jalan Setiu-Tok Bali. Jam 6.10 baru sampai di kampung ibu di Tembesu Limbat, Pasir Tumboh untuk menghadiri satu jamuan makan gulai. 

Dengan ini tamatlah perkongsian tentang perjalanan raya di Pantai Timur 27-30 April. Perjalanan ini telah meliputi sepanjang 986 km. Semenjak perjalanan hari pertama pada 27 April bermula dari laluan Gua Musang ke jalan lama Bentong seterusnya Lanchang dan Jengka dengan jaraknya 486 km. Sekian. Wasalam. 





No comments:

Post a Comment