Wednesday, 17 May 2023

Raya di Pantai Timur 2023 - Dari Kemaman ambil angin bercuti di Terengganu

OK. Teruskan memasuki hari ke-3 beraya di Pantai Timur, masa itu masih di Terengganu lagi. Bersambung daripada Raya di Pantai Timur 2023 - Dari Jengka beraya di Terengganu





Pagi Sabtu 29 April 2023. Apapun setelah bermalam di Binjai, Kemaman lagi terus bergambar bersama. 










Diteruskan lagi perjalanan dengan melalui LPT2...





Sebaik sampai di Ajil singgah makan di kedai makan ibu saudara di Umira Nasi Kukus jam 1.10. 















Lalu terus bergambar bersama. Cuma hanya sepupu terpaksa menguruskan kedai ini disebabkan mereka itu pergi ke negeri asalnya iaitu Kelantan. 





Sekitar jam 3.15 baru boleh menyambung perjalanan. Alang-alang mahu membuat perancangan untuk meluangkan masa bercuti di Kuala Terengganu semperna cuti raya dan hari pekerja. Perancangan dilakukan oleh ibu saudara yang bekerja di kedai nasi kukus itu. Terus masuk ke jalan Marang-Kuala Terengganu. 










Sambil itu kita terus berpusing-pusing di sekitar bandaraya Kuala Terengganu...










Macam ala-ala London wei...






Dari bandaraya terus melalui jambatan angkat...






Jam 5.15 baru sudah sampai di Tok Jembal dan singgah pula bermalam di resort Villa Sentosa. Ibu saudara pula kepenatan setelah memakan jarak lebih 2 jam dari Kemaman. Selepas itu terasa cuci mata sambil basuh pakaian berdekatan dengan surau. Lihat artikel Surau Taman Maidam, Tok Jembal di blogspot Jom ke Masjid






Nah! Lihatlah betapa uniknya bangunan di Terengganu. Reka bentuk atas loteng menggambarkan ala-ala Limas Bungkus. Macam ni kan. 





Kenangan bulan Oktober 2015, hampir 8 tahun lalu. Inilah kedudukan dari homestay ke resort yang kami duduki ketika sekarang ini. Homestay terletak di Jalan Murni, Taman Murni Permai berdekatan lapangan terbang antara menjadi kenangan konvokesyen ibu saudara yang belajar di UNISZA disebabkan keesokan masa itu diadakan konvokesyen di Stadium Gong Badak. 




No comments:

Post a Comment

Ke KLIA untuk meniti perjalanan ke umrah

Salam. Merujuk pada artikel  Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu  yang dipersembahkan pada 30 Ok...