Salam 24 Syawal. Bersambung pula hari ke-2 perjalanan di 2 negeri Pantai Timur. Bersambung pula daripada Raya di Pantai Timur 2023 - Beraya di Lanchang dan Jengka.
Pagi Jumaat 28 April 2023 (raya ke-6) sebelum meninggalkan rumah di Felda Jengka 6 kami terus sesi bergambar bersama.
Dahulu sini diadakan majlis kenduri anak sepupu ayah dalam 10 tahun yang lalu. Ketika itu saya berumur 13 tahun (tingkatan 1). Sekarang umur saya 23 tahun. Rumah sebesar macam ini tiada lagi. Kawasan ini boleh diletakkan khemah untuk acara makan dan parking kereta. Kali terakhir singgah di sini pada tahun lalu. Lihat artikel Perjalanan ke Terengganu semperna Syawal - Hari raya ke-6 di Terengganu.
Di sebelahnya terdapat projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang kini sedang didirikan dan hampir 50 peratus siap.
No comments:
Post a Comment