Wednesday, 2 August 2023

Ringkasan aktiviti sepanjang Aidiladha 2023

Salam pertengahan Muharam 1445 Hijriah. Kali terakhir artikel Lambaian haji di KLIA dipersembahkan pada 26 Jun lalu. Selepas itu tidak menulis apa-apa disebabkan bukan kerana malas atau mood. Padahal bulan Zulhijjah sudah meninggalkan kita semua dan maka tamatlah tahun Islam 1444 Hijriah. Bila sudah memasuki tahun baru Islam banyaklah aktiviti yang kita rancang sepanjang tahun dengan segala kesibukan termasuk bulan Muharam setiap tahun baru Islam diadakan aktiviti mengacau bubur asyura. Dan lebih kurang 2 minggu lagi pula diadakan pilihanraya negeri (PRN) di 6 negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang. 




Khamis 29 Jun 2023 umat Islam di seluruh Malaysia menyambut hari raya Aidiladha 10 Zulhijjah 1444H. Manakala segala aktiviti korban di hari Tasyrik pula pada Jumaat 11 hingga Ahad 13 Zulhijjah bersamaan 30 Jun hingga 2 Julai. 




Gambar kedua-dua diambil pada hari raya pertama. Saya menunaikan solat sunat hari raya di masjid kampung sendiri iaitu Masjid Mukim Pendek. 




Seterusnya saya dan ayah ke tempat sembelihan korban di rumah rakan ayah di Mentuan, Kedai Lalat. 






Sabtu 1 Julai kami ke Limbat, Pasir Tumboh untuk menghadiri satu majlis. Kebetulan itu cucu nenek saudara pula nekad berani memilih robot besar sebagai simbolik memeriahkan majlis. 




Petang itu pula diteruskan lagi ke rumah majikan ayah di Mentuan untuk menghadiri satu lagi majlis kenduri. Lalu singgah beberapa tempat. Lihat artikel di blogspot Jom ke Masjid iaitu Masjid Nur Zakirin, Kerasak, Mentuan, Kelantan diikuti Masjid Al-Qasimi, Parit Lama waktu siang




No comments:

Post a Comment