Monday, 26 June 2023

Lambaian haji di KLIA

Salam 7 Zulhijjah. Ini adalah perkongsian dari perjalanan kecil 4 minggu lalu...





Keadaan suasana ketika solat Jumaat di Surau Al-Falah di Bandar Baru Bangi Jumaat 2 Jun 2023. Letaknya betul-betul berhadapan rumah nenek saudara. Suami nenek saudara itu selalu menunaikan solat Jumaat di surau ini. 





Kemudian kami pun turut menunaikan solat seterusnya menjamakkan solat dan beriktikaf. 





Pagi Sabtu 4 Jun bergerak dari Bangi untuk menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 






Terus ke kompleks Tabung Haji yang begitu bersebelahan masjid besar. 





Kelihatan ramai keluarga dan saudara mara untuk menghantar keluarga pergi menunaikan haji. Cuma ini adalah kali pertama datang ke sini sebabnya menyambut ibu saudara di Melaka untuk berangkat bersama. Sambil itu singgah di masjid besar bersebelahan. Lihat artikel Masjid KLIA









Tengah hari itu pula singgah makan nasi berlauk Kelate di warung Konaleper di Sungai Merab. Tidak jauh dari rumah nenek saudara. 





Selepas itu terus ke makam nenek di Sungai Tangkas berhampiran dengan UKM. 





Pagi Ahad 5 Jun baru meninggalkan Bangi dengan menaiki bas. 




Jam 11.20 dari lebuhraya Karak terus memasuki lebuhraya CSR untuk sampai ke Kelantan. Maka cukuplah sekadar cerita perjalanan kecil 3 hari 2 malam. Untuk makluman ini adalah artikel ke-209 di blogspot Nota Untukmu ini. 



No comments:

Post a Comment

Ke KLIA untuk meniti perjalanan ke umrah

Salam. Merujuk pada artikel  Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu  yang dipersembahkan pada 30 Ok...