Saturday, 29 July 2023

Penjejak pula, tetiba tak sihat

Salam 11 Muharam 1445H. Ini adalah sambungan daripada artikel Lambaian haji di KLIA. Jom...




Sekali lagi perjalanan bermula pagi Ahad 16 Julai 2023 dengan menaiki bas untuk menyambut kepulangan saudara mara saya yang balik dari Makkah apabila selesai sudah menunaikan rukun Islam ke-5. Sampai di Bangi menjelang waktu maghrib. 

Semenjak itu, ibu saudara pula mengalami masalah kesihatan selepas pulang berangkat dari Makkah. Namun disebabkan pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir, saya pun akur dengan keputusan untuk membatalkan hasrat ke negeri Melaka untuk menyambut kepulangannya. Malah sepatutnya saya pergi untuk menyambut di sana pada hujung minggu tersebut. 

Seterusnya, Isnin 17 Julai malam Selasa baru keluar berjalan-jalan. 





Sebaik masuk waktu Isyak singgah di masjid yang tersegam indah melewati bandaraya Seremban. Ini merupakan hajat saya untuk melawat masjid yang tersegam indah ini. Lihat artikel Masjid Sri Sendayan di blogspot Jom ke Masjid





Singgah pula di kedai masakan panas berdekatan bandar Enstek. 










Pagi Selasa 18 Julai baru tiba masanya untuk meninggalkan Lembah Klang. Kali ini baru merasakan menaiki pesawat di KLIA ke Kota Bharu. Kali terakhir kami sekeluarga menaiki pesawat pada hujung tahun 2009 ketika melawat nenek sedang sakit di Bangi, ketika itu adik saya berumur 3 bulan. 










Ketika itu masih lagi kelihatan ramai jemaah haji yang ingin berangkat pulang ke negeri masing-masing. Tepat jam 9.00 barulah sampai ke Kota Bharu. 



No comments:

Post a Comment

Ke KLIA untuk meniti perjalanan ke umrah

Salam. Merujuk pada artikel  Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu  yang dipersembahkan pada 30 Ok...