Salam pertengahan Muharam 1445 Hijriah. Kali terakhir artikel Lambaian haji di KLIA dipersembahkan pada 26 Jun lalu. Selepas itu tidak menulis apa-apa disebabkan bukan kerana malas atau mood. Padahal bulan Zulhijjah sudah meninggalkan kita semua dan maka tamatlah tahun Islam 1444 Hijriah. Bila sudah memasuki tahun baru Islam banyaklah aktiviti yang kita rancang sepanjang tahun dengan segala kesibukan termasuk bulan Muharam setiap tahun baru Islam diadakan aktiviti mengacau bubur asyura. Dan lebih kurang 2 minggu lagi pula diadakan pilihanraya negeri (PRN) di 6 negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang.
Take a journey across space and time through the multi-dimensional door that is the soul of my being FB : Mohd Afiq Aslam IG/TT : arefiqaslam00
Wednesday, 2 August 2023
Ringkasan aktiviti sepanjang Aidiladha 2023
Khamis 29 Jun 2023 umat Islam di seluruh Malaysia menyambut hari raya Aidiladha 10 Zulhijjah 1444H. Manakala segala aktiviti korban di hari Tasyrik pula pada Jumaat 11 hingga Ahad 13 Zulhijjah bersamaan 30 Jun hingga 2 Julai.
Gambar kedua-dua diambil pada hari raya pertama. Saya menunaikan solat sunat hari raya di masjid kampung sendiri iaitu Masjid Mukim Pendek.
Sabtu 1 Julai kami ke Limbat, Pasir Tumboh untuk menghadiri satu majlis. Kebetulan itu cucu nenek saudara pula nekad berani memilih robot besar sebagai simbolik memeriahkan majlis.
Petang itu pula diteruskan lagi ke rumah majikan ayah di Mentuan untuk menghadiri satu lagi majlis kenduri. Lalu singgah beberapa tempat. Lihat artikel di blogspot Jom ke Masjid iaitu Masjid Nur Zakirin, Kerasak, Mentuan, Kelantan diikuti Masjid Al-Qasimi, Parit Lama waktu siang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Raya Aidilfitri 2025 antara Kadok dan Bachok
Salam 10 Syawal. Menyambung penceritaan daripada Raya Aidil Fitri 2025 di sekitar Pendek . Pagi Rabu 2 April 2025 bersamaan 3 Syawal 1446 ...

-
Salam malam Jumaat. Dikongsikan satu artikel berkenaan dengan 7 buah masjid yang tercantik di Kelantan. Antaranya 1. Masjid Muhammadi ...
-
Salam 29 Ramadan 1446 Hijriah dan hari terakhir Ramadan. Sedikit perkongsian tentang aktiviti bulan Ramadan. Sabtu 22 Mac 2025 malam bersam...
-
Sedikit daripada 2 minggu lalu. Petang Rabu 29 Januari 2025 bertepatan dengan hari tahun baru Cina diadakan dengan satu festival patuh sya...
No comments:
Post a Comment