Sunday, 19 November 2023

Festival Islam Kelantan 2023/1445

Merujuk pada artikel Jualan Agro Madani mukim Pendek dipersembahkan Selasa dua minggu lepas. Sebelum ini berhajat untuk menyiapkan beberapa artikel sebulan lepas, cuma dalam cuti hari Deepavali baru ini saya pergi ke Kuala Lumpur untuk mengambil keputusan untuk bercuti panjang bersama sanak saudara di sana. Yang ini pula ada satu program ilmu yang dibuat sebulan lalu. 





Festival Islam Negeri Kelantan 1445/2023 diadakan selama 4 hari pada Khamis 19 hingga Ahad 22 Oktober 2023. Majlis perasmian festival tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Datuk Panglima Perang Datuk Haji Mohd Nassuruddin Haji Daud. Beliau baru sahaja menjadi menteri besar negeri tersebut setelah kemenangan besar buat PAS (Parti Islam Se-Malaysia) dalam piliharaya negeri (PRN) untuk 6 negeri yang terlibat termasuk Kelantan pada pertengahan Ogos lalu. Negeri tersebut masih di bawah pentadbiran PAS selama 33 tahun lalu dan beliau menjadi menteri besar ke-3 negeri tersebut semenjak Almarhum Datuk Bentara Setia Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi menteri besar negeri tersebut pada tahun 1990. Saya tak tahu ada majlis seperti ini sehingga saya dalam perjalanan ke tempat kerja diberitahu bahawa dekat Kompleks Balai Islam Darul Naim di Lundang ada satu poster mengenai majlis yang berlangsung di sana. Program ini anjuran bersama kerajaan negeri dan JAHEAIK (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan). 






Pelbagai program yang dijalankan semasa festival Islam berkenaan pada Khamis 19 Oktober diadakan forum bicara keluarga Mawaddah pada pagi hari tersebut. Pada sebelah petang diadakan pula majlis perasmian festival yang disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan dan bicara agama bersama pendakwah selebriti terkenal. Untuk malam pula diadakan forum hal ehwal Islam bersama ustaz dan selebriti terkenal tanah air. 

Pada Jumaat 20 Oktober pula diadakan Mari Bertadabbur Surah As-Sajdah bersama imam masjid dan institusi pondok negeri. Manakala waktu petang itu pula diadakan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan malam itu pula diadakan malam kesenian Islam berjudul Ethno Vaganza Kelate. 

Untuk Sabtu 21 Oktober pula diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Membina Generasi Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan, manakala malam itu pula diadakan malam kesenian Islam berjudul Kasih Padamu Rasulullah SAW. 

Akhir sekali pada hari Ahad 22 Oktober pula diadakan program bual bicara dengan bertajuk Cakna Muamalat, Elak Scammer dan Muzakarah Jentera Daie Negeri Kelantan. 

Untuk mengikuti sendiri rakaman majlis tersebut boleh tonton melalui video berikut : 

Forum bicara Keluarga Mawaddah (Bahagia Till Jannah) pada Khamis 19 Oktober

sini


Bicara bertajuk Healing Sampai Jannah bersama bersama Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa, Ust Azli Yaakob dan Ust Syakirin Yuslan pada Khamis 19 Oktober

sini


Forum Hal Ehwal Islam bersama ustaz dan selebriti pada Khamis 19 Oktober malam Jumaat. Menampilkan Ustaz Datuk Dr Abd Basit Abd Rahman, Ustaz Amin Idris dan Wany Hasrita

sini


Mari Bertadabbur Surah As-Sajdah bersama Imam Masjid Al-Sultan Ismail Petra Kubang Kerian, Ustaz Ab Bari Abdullah institusi pondok negeri pada Jumaat 20 Oktober

sini


Malam Kesenian Islam - Ethno Vaganza Kelate pada Jumaat 20 Oktober malam Sabtu

sini


Malam Kesenian Islam - Kasih Padamu Rasulullah SAW pada Sabtu 21 Oktober malam Ahad. Menampilkan selebriti keagamaan Hafiz Hamidun, Grand Nada dan Shoutul Muhammadi. 

sini


Bual bicara mengenai Cakna Muamalat, Elak Scammer pada Ahad 22 Oktober

sini




No comments:

Post a Comment