Wednesday, 29 November 2023

Lembah Klang November 2023

Salam penghujung November. Kelmarin merupakan hari istimewa buat diri saya sendiri pada 27 November. Ia adalah ulang tahun kelahiran saya yang ke-23. Bermakna tahun ini umur saya sudah menjangkau 23 tahun. Baru ini saya telah membuat satu perjalanan ke Lembah Klang pada hari cuti 3 minggu lalu. 





Perjalanan bermula petang Jumaat 10 November 2023. Selepas solat Jumaat di salah sebuah masjid di Kota Bharu saya pun terus menaiki bas dari Kota Bharu. Lihat artikel Solat Jumaat di Masjid Mukim Taman Guru di blogspot Jom ke Masjid. Gambar ini diambil pada waktu maghrib Jumaat malam Sabtu di kawasan rehat di bandar Gua Musang. 





Sampai di Gua Musang saya menikmati makan malam...






Saya tak sangka terjumpa tiga rakan sekerja yang bekerja di Kolej Teknologi Darul Naim (KTD) lalu mengenalinya selepas lebih 5 tahun saya berhenti kerja sebagai tukang sapu di kolej berkenaan. Walaupun sudah berhenti kerja di kolej itu, ketiga-tiga mereka masih mengenali saya. Antara tiga rakan sekerja seperti warden asrama dan pembantu pejabat. 





Sabtu 11 November saya bermalam di Bangi. Keesokannya Ahad 12 November ketika itu merupakan perayaan hari Deepavali saya pun keluar dari rumah. 





Sampai ke kompleks berhampiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) singgah untuk membeli belah. 





Seterusnya saya lalu dari Alamsari untuk ke Rinching. 






Singgah di sebuah madrasah tahfiz untuk berjumpa dengan saudara mara yang mana salah seorang keluarga belajar di situ. Ada sebuah surau dengan reka bentuknya yang lebih menarik. Lihat Madrasah Tahfiz Saidina Ali, Rinching Hilir






Dari Alamsari terus menghala ke Sungai Tangkas. Ziarah makam nenek saya dan bapa saudara di Sungai Tangkas. 





Gambar ketika selepas solat Isyak di Surau Al-Falah, Bangi Isnin 13 November malam Selasa. 





Selasa 14 November malam Rabu terus meninggalkan Lembah Klang setelah cuti sudah tamat. 





Gambar ini diambil pada jam 12 tengah malam berdekatan susur keluar ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Raub di lebuhraya Central Spine (CSR). Cuma ada beberapa tempat lagi projek CSR di Raub-Kuala Lipis sedang dalam pembinaan dan ketika ini masih belum siap. Kemungkinan besar akan siap dalam 3-4 tahun lagi. Bermakna tamatlah cerita ringkas perjalanan ke Lembah Klang 10-14 November. 




No comments:

Post a Comment