Monday, 5 February 2024

Intipati perkongsian 24-27 Januari

Baiklah. Pada 19 Januari lalu saya telah membuat satu artikel pertama bagi 2024 iaitu Pembuka tahun baharu 2024 di Lembah Klang. Kini ada satu lagi perkongsian terbaharu untuk tahun ini. Sedar tak sedar tinggal 36 hari lagi akan memasuki bulan Ramadhan dan hari ini hari Isnin 24 Rejab 1445H. 


Baru-baru ini telefon saya iPhone 7 masih tak rosak, cuma kerosakkannya SIM tidak boleh detect dan mikrofon rosak. Hal ini menyebabkan beberapa video yang saya ambil dengan iPhone tu masih berjalan, cuma tiada suara. Banyak gambar-gambar yang saya ambil menggunakan telefon ini terpaksa disimpan melaui laptop. Nota-nota yang saya simpan terpaksa menggunakan laptop juga. Sebabnya kelmarin saya ambil keputusan untuk membeli iPhone 11 yang terpakai (2nd hand). Telefon iPhone 11 ini telah dilancarkan secara rasmi pada bulan September 2019 tak silap saya. Walaupun bukan satu perkara biasa, maka tidak menyebutnya di blogspot




Pagi Rabu 24 Januari 2024 saya, 2 keluarga dan ibu saudara dari Melaka terus keluar dari Pendek untuk menuju ke Jalan Bayam untuk beberapa urusan. Cuma ketika itu masih dalam sesi persekolahan terakhir untuk tahun 2023 sedangkan adik saya masih bersekolah. Bulan Mac nanti akan diadakan sesi persekolahan penggal terbaharu di mana mereka akan masuk dari kelas ke kelas. 





Singgah di Tapang, Panji untuk satu upacara akad nikah bagi sepupu perempuan yang bongsu dan mungkin merupakan majlis terakhir dalam keluarga. Cuma kebanyakkan majlis kenduri dahulu berada di Lembah Klang. Majlis ini dibuat di Mutiara House Homestay, tidak jauh di tempat saya kerja. Ketika majlis sedang berlangsung cuaca ketika itu hujan sangat lebat. Turut hadir adalah beberapa saudara mara yang dari beberapa negeri seperti Johor, Melaka, Putrajaya, Bangi (Lembah Klang) dan Kedah. 










Pagi Khamis 25 Januari merupakan hari untuk masyarakat beragama Hindu iaitu Hari Thaipusam, cuma tidak banyak negeri diberikan cuti umum. Kami terus keluar untuk menghadiri satu majlis kenduri di dewan di Pulau Melaka. Cuma adik saya tidak dapat bersama kerana masih bersekolah sedangkan negeri Kelantan tidak diberikan cuti umum. 










Petang itu singgah di homestay untuk melepaskan kepenatan setelah majlis selesai...





Seterusnya ambil angin di tepi tasik sebelah homestay. Sambil-sambil itu melihat kanak-kanak kecil sedang memancing ikan di tasik itu. Ada beberapa tempat yang singgah sepanjang hari itu. Cuma ada 2 masjid di Pauh Panji sahaja tidak dapat masuk ke dalam kerana ketika itu waktu sudah malam. Lihat artikel berikut di blogspot Jom ke Masjid : 








Tengah hari Jumaat 26 Januari singgah menunaikan solat Jumaat di masjid Tapang. Malam itu juga diadakan upacara bersama beberapa keluarga untuk menikmati makan malam. 

















Pagi Sabtu 27 Januari sudah tiba masanya untuk meninggalkan homestay. Singgah untuk sementera menunggu ahli rombongan untuk ke satu majlis pihak lelaki di Wakaf Bharu. 





Sambil-sambil itu kami bersarapan...










Singgah pula di Laman Warisan seni dan masjid lama Kampung Laut untuk membeli pelbagai cenderahati dan serunding. Selain masjid lama ini ada satu lagi surau berdekatan. Lihat Surau At-Tarbiah, Kampung Laut















Seterusnya singgah pula di kedai menjual serunding dan dodol. 
















Dengan ini cukuplah sekadar perkongsian tentang intipati pada 24-27 Januari. :-)




No comments:

Post a Comment