Saturday, 10 February 2024

Perjalanan ke Pahang tahun 2024 - Geng Subuh macam Jumaat dan cabaran turun bukit di Lanchang

Salam 29 Rejab 1445H. Sekejap sahaja masa berlalu. Ada 31 hari lagi akan memasuki bulan suci iaitu Ramadan dan hari ini merupakan hari terakhir bulan Rejab. Merujuk pada artikel Intipati perkongsian 24-27 Januari yang dipersembahkan pagi Isnin lalu. Ini adalah perkongsian dari minggu lepas tentang perjalanan terbaharu 2024 di Lanchang, Pahang. Perjalanan dilakukan hanya semalaman sahaja. Sekarang kita mulakan dengan perkongsian ini. 





Sebelum memulakan perjalanan saya dan keluarga singgah menunaikan solat Subuh pagi Jumaat 2 Februari 2024 di masjid Pendek. Saf jemaah pun lebih kurang 7 saf. Ucapkan tahniah kepada ramai yang hadir untuk sama-sama menunaikan solat Subuh di masjid dan tak lupa juga tahniah kepada artis tanah air, Alif Satar yang mengajak kepada hampir kesemua masjid di Malaysia untuk menganjurkan solat Subuh yang dikenali sebagai 'Geng Subuh Macam Jumaat'. Semoga Allah diberikan rezeki buat beliau untuk menganjurkan kempen seperti ini. 





Selepas sarapan singgah di rumah saudara mara di Gaung, Pendek untuk persiapan. 





Kami bersama saudara mara lain menggunakan perkhidmatan van sewa untuk meneruskan perjalanan. 






Kami pun ambil keputusan untuk lalu jalan dari Kota Bharu ke Gua Musang. Cuma van yang dipandu bapa saudara tidak ambil laluan lebuhraya. Diteruskan ke jalan yang lebih lama daripada lebuhraya. Sebab tu tidak bercadang. 










Kemudian singgah di bandar Gua Musang lalu menunaikan solat Jumaat di masjid sana. Lihat artikel Solat Jumaat di Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra di blogspot Jom ke Masjid





Diteruskan lagi perjalanan ke Raub untuk memasuki lebuhraya Central Spine (CSR). Kemudian ambil jalan lama dari Bentong ke Temerloh. 





Jam lebih kurang 6.30 kami sudah sampai di Lanchang setelah mengharungi 30 km dengan melalui jalan lama itu. 






Pada sebelah malam itu pula saya singgah di masjid ini untuk upacara akad nikah sepupu perempuan saya. Lihat Masjid Lanchang. Saya pun turut bersama sepupu lain di Pahang untuk turut hadir ke upacara ini. 




No comments:

Post a Comment