Saturday, 30 March 2024

Perjalanan di Pahang penghujung Syaaban - Penutup dengan satu majlis kenduri

Salam 19 Ramadhan. Hari ini genap 3 minggu berlalu di hari ke-3 dan terakhir perjalanan terbaru di Pahang pada penghujung Syaaban. Bersambung daripada Perjalanan di Pahang penghujung Syaaban - Ziarah di Jengka dan suatu malam ada satu tahlil






Pagi Ahad 3 Mac 2024. Keadaan suasana kenduri majlis sepupu lelaki di Jengka Batu 13, Chenor. 











Selepas solat Zohor, terus bergerak. Singgah di sebuah masjid berdekatan yang mana sebelum ini ditunjukkan pada waktu malam. Kali ini ditunjukkan pula pada waktu petang. Lihat artikel Masjid Jengka Batu 13 waktu siang di blogspot Jom ke Masjid






Diteruskan perjalanan dari Chenor untuk ke bandar Maran. 






Melepasi bandar Maran terus memasuki Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) untuk menghala ke Terengganu. 






Berhenti di RNR Kijal untuk menghilangkan mengantuk...











Ketika itu hampir 6.00 petang singgah di Kuala Berang untuk pekena nasi kukus, cuma kedai itu sudah ditutup. Saudara mara yang juga pemilik nasi kukus Umira itu sudah balik manakala hanya sebilangan pekerja sahaja masih berada di kedai itu. 





Lebih kurang 5 km ke bandar Jerteh singgah di kampung Gerai lalu menunaikan solat Jamak Maghrib dan Isyak di masjid sana. Lihat Masjid Kampung Gerai, Jerteh






Sampai ke rumah dalam jam 9.40 malam dan berjalan jauh sekitar 850 km. Maka tamatlah siri perjalanan terbaru di penghujung bulan Syaaban. Sedar tak sedar tinggal 11 hari lagi akan memasuki bulan Syawal dan tibanya hari raya Aidilfitri. 





Wednesday, 20 March 2024

Perjalanan di Pahang penghujung Syaaban - Ziarah di Jengka dan suatu malam ada satu tahlil

Salam 9 Ramadhan. Pergi ke hari ke-2 perjalanan di Pahang. Bersambung daripada Perjalanan di Pahang penghujung Syaaban - Nikmat suasana di hari pertama





Pagi Sabtu 2 Mac 2024. Kami telah bermalam di rumah sepupu di Chenor. 






Selain saudara mara, penduduk lain turut sama bergotong royong untuk membuat persiapan semperna dengan hari kenduri yang diadakan keesokan harinya. Chenor berada di dalam daerah Maran, lokasinya lebih kurang 24 km dari bandar Temerloh iaitu bandar terkenal dengan ikan patin. Cuma di situ cara kenduri di negeri ini agak lain kerana adanya opor daging, daging masak hitam dan patin masak tempoyak. 





Kemudian saya pun keluar ke Jengka bersama ibu bapa...






Terus menziarahi nenek saudara di Felda Jengka 6 sekitar jam 5.05. 








Keadaan cuaca di sana hujan begitu lebat...






Walaupun cuaca hujan saya pun tetap bersantai di sekitar Felda Jengka 6. 












Malam itu pula diadakan satu tahlil arwah di rumah yang akan diadakan kenduri pada esok harinya. Yang meramaikan juga adalah penduduk sekitar kampung. Ketika itu merupakan malam 22 Syaaban. Dengan keberkatan doa bulan Syaaban adalah penting apabila bulan yang akan menghampiri bulan Ramadhan yang suci ini. 





Tuesday, 12 March 2024

Perjalanan di Pahang penghujung Syaaban - Nikmat suasana di hari pertama

Salam 1 Ramadhan 1445H. Dalam artikel Kuliah Maghrib Perdana bertajuk Ramadhan yang Dinanti di Masjid Muhammadi yang dipersembahkan Khamis 26 Syaaban bersamaan 7 Mac. Pada permulaan cerita yang disebut artikel menyatakan ini adalah program perjalanan di Pahang yang dilakukan pada penghujung Syaaban baru ini. Sekarang kita mulakan persembahkan cerita tentang perjalanan tersebut. 





Pagi Jumaat 1 Mac 2024 saya bersama keluarga dan saudara mara terus mengambil laluan ke Gua Musang. Bertepatan dengan tarikh tersebut merupakan tarikh lahir bapa saya yang ke-56. Ini adalah perjalanan jauh kedua bagi tahun 2024, cuma ini adalah perjalanan di Pahang buat kali kedua juga. 






Di mana sebelum ini membuat perjalanan ke Pahang untuk menghadiri satu majlis kenduri di Lanchang. Lihat artikel Kompilasi perjalanan ke Pahang tahun 2024. Kedua-dua gambar itu diambil di Machang. 






Sekitar jam 12.40 singgah di Hentian Gua Musang...






Singgah di hentian ini untuk menikmati makan tengahari. Di hentian tersebut ada sebuah masjid baru yang besar. Lihat artikel Masjid Ibrahim, Hentian Gua Musang di blogspot Jom ke Masjid






Dari Kuala Lipis kami mengambil laluan ke Jerantut. Singgah di Kerambit di mana terdapat masjid ini. Sambil itu menjamakkan Zohor dan Asar. Lihat Masjid Kerambit, Kuala Lipis







Dari Jerantut kami mengambil jalan ke Jengka. Cuma saudara mara saya berada di Felda Jengka. Ini adalah kawasan bandarnya. 







Kelihatan waktu hampir 6.30 kami sudah sampai di Chenor. Terasa timbul kepenatan singgah dalam kereta di bahu jalan. 











Tidak jauh dari rumah yang saya inap itu singgah menunaikan solat Isyak di masjid lalu beriktikaf. Saya sebenarnya ada niat untuk singgah di masjid lama letaknya lebih kurang 500 meter dari masjid baru ini. Cuma tidak tahu dalam Google Maps sama ada betul atau tidak. Lihat Masjid Jengka Batu 13, Chenor




Thursday, 7 March 2024

Kuliah Maghrib Perdana bertajuk Ramadhan yang Dinanti di Masjid Muhammadi

Salam 26 Syaaban. Pada Isnin minggu lalu saya mempersembahkan artikel Kelantan Food Festival 2024 di Pasir Mas. Baru ini bermula Jumaat lalu saya, keluarga dan saudara mara yang bersebelahan rumah ada satu majlis kenduri sepupu di Pahang. Cuma terlebih dahulu saya mempersembahkan lagi satu cerita yang dikongsikan mengenai majlis ilmu di negeri kita ini. Sebelum membuka artikel, untuk pengetahuan korang ini adalah artikel ke-237 di blogspot Nota Untukmu. 





Pada Isnin 19 Februari 2024, Masjid Muhammadi Bandar Kota Bharu telah menganjurkan program kuliah maghrib perdana bersama Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus. Tajuk kuliah untuk hari berkenaan dengan "Ramadhan yang Dinanti". Yang mana tajuk ini difokuskan dengan persiapan untuk menghadapi bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi. Sekarang hari ini hanya tinggal 5 hari lagi yang akan memasuki bulan yang suci ini. 





Malam itu berkesempatan hadir ke Masjid Muhammadi selepas solat maghrib untuk menghadiri program kuliah maghrib perdana ini. Saya mahu memasuki ruang solat, cuma ruang dalamnya sudah penuh. Cuma saya duduk di dataran masuk masjidlah. 






Beginilah keadaan di kawasan dataran masjid...






Ini pula di kawasan pintu masuk ke masjid...






Inilah gambar di dalam ruangan solat dalam di Masjid Muhammadi ketika kuliah. Cuma gambar ini diambil dari laman Facebook masjid. 





























Untuk beberapa video tentang kuliah agama, boleh tonton menerusi Facebook live di sini