Tuesday, 12 March 2024

Perjalanan di Pahang penghujung Syaaban - Nikmat suasana di hari pertama

Salam 1 Ramadhan 1445H. Dalam artikel Kuliah Maghrib Perdana bertajuk Ramadhan yang Dinanti di Masjid Muhammadi yang dipersembahkan Khamis 26 Syaaban bersamaan 7 Mac. Pada permulaan cerita yang disebut artikel menyatakan ini adalah program perjalanan di Pahang yang dilakukan pada penghujung Syaaban baru ini. Sekarang kita mulakan persembahkan cerita tentang perjalanan tersebut. 





Pagi Jumaat 1 Mac 2024 saya bersama keluarga dan saudara mara terus mengambil laluan ke Gua Musang. Bertepatan dengan tarikh tersebut merupakan tarikh lahir bapa saya yang ke-56. Ini adalah perjalanan jauh kedua bagi tahun 2024, cuma ini adalah perjalanan di Pahang buat kali kedua juga. 






Di mana sebelum ini membuat perjalanan ke Pahang untuk menghadiri satu majlis kenduri di Lanchang. Lihat artikel Kompilasi perjalanan ke Pahang tahun 2024. Kedua-dua gambar itu diambil di Machang. 






Sekitar jam 12.40 singgah di Hentian Gua Musang...






Singgah di hentian ini untuk menikmati makan tengahari. Di hentian tersebut ada sebuah masjid baru yang besar. Lihat artikel Masjid Ibrahim, Hentian Gua Musang di blogspot Jom ke Masjid






Dari Kuala Lipis kami mengambil laluan ke Jerantut. Singgah di Kerambit di mana terdapat masjid ini. Sambil itu menjamakkan Zohor dan Asar. Lihat Masjid Kerambit, Kuala Lipis







Dari Jerantut kami mengambil jalan ke Jengka. Cuma saudara mara saya berada di Felda Jengka. Ini adalah kawasan bandarnya. 







Kelihatan waktu hampir 6.30 kami sudah sampai di Chenor. Terasa timbul kepenatan singgah dalam kereta di bahu jalan. 











Tidak jauh dari rumah yang saya inap itu singgah menunaikan solat Isyak di masjid lalu beriktikaf. Saya sebenarnya ada niat untuk singgah di masjid lama letaknya lebih kurang 500 meter dari masjid baru ini. Cuma tidak tahu dalam Google Maps sama ada betul atau tidak. Lihat Masjid Jengka Batu 13, Chenor




No comments:

Post a Comment