Sunday, 16 June 2024

Misi kenduri ke negeri Hang Tuah 2024 - Membuka siri dengan satu perjalanan

Salam hari Arafah. Sedar tak sedar esok bermulanya Hari Raya Aidil Adha, dikenali dengan hari raya korban atau hari raya haji. Disambung lagi dengan memasuki hari ke-3 perjalanan terbaru ke Lembah Klang. Ini adalah permulaan perjalanan tersebut. Bersambung daripada Misi kenduri ke negeri Hang Tuah 2024 - Dari Kota Bharu ke ziarah kematian




Perjalanan bermulanya Jumaat 31 Mei 2024 apabila saya dan keluarga keluar dari rumah dari Pendek jam 9 pagi. 





Cuma kali ini masuk jalan dari Dewan Beta ke Machang sebagai laluan alternatif dari Kadok ke Machang, hingga ke Gua Musang. 





Kebetulan pada ketika itu terus disambung cuti sehingga Isnin kerana pada Isnin itu juga cuti am Hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong. Cuma hari semalam itu juga hari Ahad merupakan cuti ganti. Maka terus membawa adik saya pun sama-sama. 





Singgah di masjid jamek bandar Gua Musang antara menjadi persinggahan utama saya bila pergi balik ke Kuala Lumpur. 





Cuma ketika itu jam 11.45 belum masuk waktu solat Jumaat. Sambil itu bersantai melihat bandar berlatar belakangkan bukit batu kapur. Kenapa nama tempat dan jajahan ini disebut Gua Musang? Sebab bukit batu kapur itu menurut cerita orang tua dahulu ia antara menjadi persinggahan seekor musang yang besar dan seekor ayam yang hidup dengan baik antara satu sama lain. 





Dari Lebuh Raya Tengah Utama (CSR - Central Spine Road) Kechai Tui terus menyeberangi ke Kuala Lipis. Ini adalah jalan di Padang Tengku. 






Singgah di sebuah masjid yang baru dibuka. Kelihatannya selesai sudah solat Jumaat. Dalam keadaan bermusafir, memang tidak wajib untuk solat Jumaat. Bukan sahaja tak wajib, cuma dialu-alukan menjadi tetamu Jumaat yang mulia ini demi melihat keindahan alam dan kampung. Lihat artikel Masjid Rengai, Kuala Lipis di blogspot Jom ke Masjid





Seterusnya kami terus menyusuri CSR yang baru dibuka sebelum hari raya Aidil Fitri lalu iaitu dari Raub hingga ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Raub seterusnya akan sampai ke Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuala Lumpur. Lebuhraya ini akan memanjang dari Kota Bharu ke Karak, tetapi belum siap di beberapa bahagian. Sebelum ini jangkaan siap pada tahun 2025, iaitu tahun hadapan. Jadi tidak perlu memasuki bandar Raub semata-mata untuk meredah kesesakan selepas ini. Maka selepas ini banyak memori dan kenangan terindah dalam artikel sebelum ini apabila siapnya lebuh raya nanti. Saja nak tengok keindahan lebuh raya ini macam kat luar negara. 





Dari Gombak kami terus menyusuri pula lebuh raya yang baru dibuka setahun lalu iaitu lebuhraya Sungai Besi - Ulu Kelang (SUKE - Sungai Besi - Ulu Kelang Expressway). Sebelum ini terpaksa meredah kesesakan di lebuhraya MRR2 selama lebih kurang setengah jam. 





Dari sana dapat melihat banyak bangunan pencakar langit yang berdiri megah di ibu kota. 






Sini letaknya menara pencakar langit yang tertinggi iaitu Tun Razak Exchange manakala dari sudut menara yang tajam iaitu menara Merdeka 118 (dahulunya PNB118). Menara Merdeka 118 direka bentuk berinspirasi daripada Almarhum Tunku Abdul Rahman sewaktu mengangkat tangan ketika melaungkan 'Merdeka' pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka dan letaknya berdekatan stadium bersejarah tersebut. 





Dekat pukul 6 baru sudah sampai di Plaza Tol Batu 9 menghala ke Cheras. 





Lebih kurang 6.40 baru sampai ke Bangi. 





Maka perjalanan sekarang telah dipendekkan menjadi 6 jam 15 minit berbanding sebelum ini dengan memakan masa antara 7/8 jam. Dengan jaraknya dalam 456 km. Dalam pada itu, dalam keadaan memandu memang pergiliran antara bapa dan saya sendiri. 



No comments:

Post a Comment