Monday, 30 September 2024

Sekitar hujung minggu 20 dan 21 September - Banyak kenduri rumah dekat jah

Salam. Yang ini pula berkongsi cerita tentang hujung minggu seminggu lalu. 




Pagi Jumaat 20 September 2024 saya membawa keluarga dan ibu saudara ke Dewan Maleeqa di Salor. 




Di dewan inilah kami menghadiri satu majlis kenduri pengantin perempuan kepada saudara mara. 






Seperti biasa jika berada berdekatan dengan rumah saya, tengah hari pula singgah di masjid mukim Pendek untuk menunaikan solat Jumaat. Ketika itu imam baru sahaja membaca khutbah baru dapat singgah. 









Selepas itu singgah ke rumah arwah ibu saudara belah keluarga arwah datuk saya untuk menghadiri satu majlis tahlil dan selawat. 





Malam itu pula singgah di Ambank Kota Bharu untuk urusan pembankan ibu saudara. 





Petang Sabtu 21 September baru keluar untuk persinggahan beberapa tempat. 






Singgah di Batu 6 Mulong untuk menghadiri satu majlis kenduri perkahwinan saudara mara. Selepas itu singgah di masjid kecil berdekatan. Lihat artikel Masjid Al-Hidayah, Batu 6 Mulong di blogspot Jom ke Masjid





Selepas solat Maghrib terus singgah ke Lotus (dulu Tesco) Kota Bharu. 





Bersantai-santailah terus ke tepian sungai bersebelahan Jambatan Sultan Yahya Petra. Amacam tengok kan!




No comments:

Post a Comment