Saturday, 28 September 2024

Sambutan Maulidur Rasul 1446 Hijrah di Masjid Mukim Pendek

Salam. Merujuk pada artikel Dari kursus umrah ke ziarah orang sakit 7-8 September dipersembahkan minggu lepas. Hari ini saya kerja-kerja sambil mendengar lagu walaupun sakit urat. Tadi saya membawa berjalan-jalan bersama keluarga dan saudara mara di pantai sekitar Bachok. Cuma cerita itu diketepikan lagi dengan sambutan Maulidur Rasul diadakan di masjid kampung saya baru ini. 





Pada Isnin 13 Rabiul Awal 1446 Hijriah bersamaan 16 September 2024 malam saya berkesempatan ke ruang majlis ilmu di Masjid Mukim Pendek untuk mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul. Petang itu ada perarakan bermotosikal sambil berselawat bersama penduduk dan cabutan bertuah kepada para pemenang, cuma tidak dapat hadir bersama kerana atas faktor tidak dapat dielakkan. 




Sebaik selepas solat Maghrib bermulalah satu ceramah khas tentang program. 





Ceramah khas disampaikan oleh seorang pelajar Universiti Islam Selangor (UIS) yang juga menjadi imam rawatib di Masjid Mukim Teliar, Bunut Susu. Bercerita tentang panjang-panjang sudah malas dan tidak larat. Nabi Muhammad SAW dilahirkan di Makkah pada tanggal 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 20 April 571 Masihi dan wafat pada tanggal 12 Rabiul Awal 11 Hijriah bersamaan 8 Jun 632 Masihi. Tiap-tiap tahun setiap bulan Rabiul Awal mesti akan diadakan berselawat ke atas nabi, cuma diadakan di sini selepas solat Isyak. 




No comments:

Post a Comment