Salam Sabtu 17 Rabiul Awal 1446 Hijriah. Bila tibanya bulan Rabiul Awal maka tibanya masuk bulan kelahiran nabi teragung umat Islam iaitu Nabi Muhammad SAW dan musim ini juga masa untuk berselawat ke atas nabi. Perkongsian cerita daripada 2 minggu lepas.
Pagi Sabtu 7 September 2024 saya dan keluarga membawa ke Wakaf Siku, berdekatan bandaraya Kota Bharu.
Oleh kerana kami ada urusan kursus umrah bersama Andalusia Travel terus ke pejabat urusannya di Wakaf Siku, kira-kira berdekatan dengan masjid Langgar pada hari tersebut. Kursus umrah yang lain mungkin tak tahu berada di tempat mana. Untuk mencarinya boleh sahaja ke laman Facebook Andalusia Travel.
Cuma sementara menunggu untuk majlis kursus umrah tersebut, singgah bersarapan di restoran berdekatan iaitu Ayang Cafe sambil menikmati roti titab.
Seterusnya kebetulan pihak pejabat urusan Andalusia Travel bertanya, pejabat urusannya sudah penuh. Maka pihak bertanya lagi diadakan pula di masjid Telipot. Lebih kurang 1.5 km dari pejabat urusan terus singgah di masjid Telipot ini.
Petang Ahad 8 September pula singgah untuk menghantar ubat kepada nenek saudara di belakang JPJ Panji.
Tidak jauh dari rumah situ, saya singgah beriktikaf semeta di masjid Pauh Panji. Sambil-sambil beriktikaf terus berselawat ke atas nabi.
Singgah pula lagi ke rumah majikan di kampung Teras di mukim Mentuan. Kebetulan majikan baru keluar wad pada hari Sabtu tu selepas menjalani pembedahan batu karang dalam hempedu.
No comments:
Post a Comment