Wednesday, 30 October 2024

Ke KLIA untuk meniti perjalanan ke umrah

Salam. Merujuk pada artikel Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu yang dipersembahkan pada 30 Oktober lalu. Pada Jumaat 18 Oktober saya dan ayah saya ke Lembah Klang untuk menghantar pergi ke KLIA untuk perjalanan umrah. Seterusnya saya pula kembali ke Kelantan pada Isnin 21 Oktober. Memulakan dengan sedikit cerita...




Pagi Ahad 18 Oktober 2024. Saya dan ayah saya keluar dari Bangi. 





Inipun semata-mata untuk menghantar ayah ke umrah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 




Sampai di KLIA pun dalam lebih kurang 10.18. 





Cuma di sini bersalam-salam dengan ayah dan rakan sekerja ayah untuk mengucapkan selamat tinggal Malaysia. Kapal terbang yang dijangka berlepas ialah Malaysia Airlines pada jam 3.30 petang ini. 





Seterusnya petang itu pula singgah di EVO Mall di Bandar Baru Bangi. 
























Sunday, 13 October 2024

Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu

Salam. Berbalik dengan cerita hari ke-2 tentang cuti hari keputeraan sultan kita. Sambungan daripada Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Dari kenduri maulud ke pantai-pantai sekitar Bachok




Petang Ahad 29 September 2024 merupakan hari keputeraan Sultan Kelantan iaitu Sultan Muhammad V dan diberikan cuti khas untuk negeri ini semperna dengan sambutan kebesaran diraja negeri ini. Terus menyambung perjalanan ke bandaraya Kota Bharu, pekena dengan masakan goreng celup tepung di Pantai Cahaya Bulan (PCB). 




Terus ke pantai bukit berpasir di Pantai Mek Mas dalam jam 6.50. 





Inipun waktu sudah gelap walaupun masih tetap meneruskan cabaran. 













Selepas jam 7.30 pula kami terus melepasi dari PCB ke bandaraya Kota Bharu. Hajat untuk ziarah ke rumah sepupu ayah betul-betul berhadapan masjid ini. Tapi tiada di rumah mungkin disebabkan bercuti atau sebaliknya. Selepas itu singgah bersolat di masjid ini juga. Lihat artikel Lawatan terbaru masjid Sultan Ismail Petra, mukim Banggol





Sebelum ini asalnya untuk melihat suasana lampu di Kota Darul Naim. Tidak jadi mungkin disebabkan kesesakan jalan raya di sekitar itu. Sebaliknya terus ke KB Mall sepertimana idea daripada ibu saudara. 




Kebetulan di KB Mall ada salah satu kedai telekomunikasi berjenama Apple. Memang sama antara jenama Apple iPhone 11 yang berwarna merah kini menjadi milik saya dengan telefon pintar yang baru sahaja dilancarkan baru ini iaitu iPhone 16. Sebenarnya reka bentuk sama, cuma yang baru ini berbentuk lampu isyarat. Harga pun masih tinggi sepertimana iPhone baru dilancarkan setahun sekali. Yang dibeli adalah golongan yang kaya atau mampu membeli dengan harga seperti ini. 



Tuesday, 8 October 2024

Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Dari kenduri maulud ke pantai-pantai sekitar Bachok

Adapun kebetulan negeri Kelantan diberikan cuti khas negeri bersemperna dengan hari keputeraan Sultan Kelantan jatuh pada 29 dan 30 September 2024, 2 minggu lalu saya, keluarga dan ibu saudara berkesempatan untuk meluangkan masa berjalan-jalan. Cuma 30 September mula bekerja. Oh! Tahun lepas penetapan hari keputeraan sultan negeri Serambi Mekah ini ditetapkan pada tarikh tersebut setiap tahun. Sebab sebelum ini tarikh ditetapkan pada 11 dan 12 November, masa itu negeri kita ini telah mengalami musim tengkujuh dan tibanya musim hujan yang sangat lebat. Malas nak menaip banyak-banyak jom cerita...




Tengah hari Sabtu 28 September 2024 kami terus keluar ke bandaraya Kota Bharu. 





Ini suasana majlis makan di rumah ibu saudara belah ibu di Jalan Bayam setelah diadakan majlis tahlil dan selawat ke atas nabi (maulud Nabi). Selepas solat Zohor di masjid berdekatan (lihat artikel Masjid Al-Hidayah, Paya Rambai, Jalan Bayam di blogspot Jom ke Masjid) terus singgah ke rumah berkenaan. 





Selepas itu terus menyambung perjalanan dari Padang Tembak terus ke Bachok. 





Seterusnya dapat merasakan angin ala-ala 'Jepun' di Pantai Senok. 










Sepertimana dirancang oleh ibu saudara terus ke Pantai Kemayang. 





Rasanya kali terakhir berjalan-jalan di pantai ini pun lebih kurang 3 tahun lalu. Cuma ketika itu hujung bulan Oktober kerajaan memutuskan untuk merentas kesemua negeri dengan hampir secara bebas. 





Kemudian masuk ke bandar Bachok terus singgah Pantai Irama. 





Seingat saya pada tahun lebih kurang 2010/2011 saya dan keluarga singgah mandi di pantai ini. Siap kutip 'starfish' lagi. Kata ayah, tak gatal ke kutip 'starfish' tu. Saya pun kata lagi, tak pun. Ada beberapa tempat yang saya singgahi sebelum ke Pantai Irama ini. Lihat artikel berikut : 











Ini permintaan ibu saudara singgah merakam gambar balai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok sebagai kenang-kenangan daripada ibu saudara yang mana saudaranya bekerja di situ dalam sekitar tahun 1998 kalau tak silap. 





Hampir sahaja dengan waktu maghrib bersantai dahulu di Pantai Melawi. Orang dianggap bergelar sebagai 'Melawifornia'. Kata Instagram sepupu saya. 










Ketika sampai di pantai Melawi singgah di surau kecil ini. Gambar ini diambil ketika jam 6.40 petang dan memasuki waktu senja. 





Lebih kurang 5 minit terus beriktikaf...










Alang-alang terus menaiki menara kayu dalam jam 6.51 petang walaupun strukturnya hampir reput. 










Dari atas menara kayu ini dapat melihat suasana sekitar. Alhamdulillah dapat berani naik menara kayu ini.