Thursday, 19 December 2024

Dugaan hujan begitu paling lebat dalam sejarah

Salam. Ada perkongsian daripada 3 minggu lalu. 




Dalam artikel Urusan di sekitar Jeli telah dibuat kelmarin. Ketika itu telah tibanya Monsun Timur Laut (MTL) yang mana boleh menyebabkan berlakunya hujan lebat, angin kencang dan laut bergelora di kawasan pesisir pantai berdekatan Laut China Selatan. Musim ini boleh menyebabkan berlakunya banjir. Ketika itu juga pekan Rantau Panjang belum digenangi banjir walaupun pekan itu sering digenangi banjir pada setiap hujung tahun. Kuih putu halba adalah kuih tradisional di Pantai Timur seringkali ada apabila tibanya musim tengkujuh. Seterusnya pada Mac hingga Ogos telah tibanya Monsun Barat Daya (MBD) yang mana boleh menyebabkan berlakunya cuaca panas melampau, kemarau berpanjangan dan jarang hujan. 

Hujan yang sangat luar biasa telah berlaku antara hari Rabu - Sabtu 27-30 November 2024 menyebabkan kenaikan paras air begitu sangat ketara di sekitar negeri Pantai Timur, Johor, Perak, Lembah Klang dan sebahagian negeri di utara. Dan juga antara menjadi penyebab banjir besar telah melanda di sebahagian negeri tersebut yang mana negeri kita Kelantan ini merupakan paling ramai terjejas banjir pada hujung tahun tersebut. Jajahan Tumpat dan Pasir Mas antara jajahan di negeri Serambi Mekah berkenaan yang paling teruk terjejas. 





Gambar ini diambil ketika di rumah saya Pendek ini jam 3.05 pagi Rabu 27 November (tarikh lahir saya ke-24). Setakat ini masih tiada perubahan. 





Keadaan paras air Sungai Kelantan di Dewan Grandara Pendek pada Khamis 28 November jam 3.23. 









Keadaan di Dewan Grandara Pendek pada Sabtu 30 November jam 10.27. Suatu hari saya dapat menantu boleh bergambar di sini. 


















Ini sejarah paras air banjir besar di ruang luar rumah saya pada hujung tahun 2014 atau 'Bah Kuning 2014'. Kira-kira 10 tahun lalu. Tentang banjir di sekitar kampung saya boleh rujuk artikel yang dibuat 3 tahun lalu. Lihat artikel lama Bah kuning melanda kampungku 7 tahun lalu masih dalam ingatan




Tuesday, 17 December 2024

Urusan di sekitar Jeli

Ini adalah perkongsian dari 4 minggu lalu. 





Tengah hari Jumaat 22 November 2024 saya dan keluarga keluar untuk beberapa urusan. 





Dengan cuaca tidak mengizinkan buat masa ini, kami pun ada beberapa urusan mengenai selepas kembali dari perjalanan menunaikan umrah baru ini. Kemudian terus melalui laluan Rantau Panjang ke Jeli setelah sekian lama tidak melalui. 






Memandangkan masa ini waktu solat masih awal, singgah solat Jumaat di masjid yang kelihatan. Lihat artikel Masjid Mukim Telaga Mas, Rantau Panjang





Sekitar jam 2.30 sudah sampai ke pekan Jeli. Pusing sat. 




Kemudian pusing dulu sehingga ke Berdang. Kawasan ini merupakan tanah sepupu abang letaknya di Sungai Rual. Tidak jauh dari simpang ini. Di mana merupakan kali terakhir sampai ke Jeli tak silap masa hari raya haji baru ini. Lihat Ringkasan aktiviti sepanjang Aidiladha 2024





Singgah di rumah bapa saudara di Taman Kifayah untuk beberapa urusan tentang umrah. 





Sebelum sambung urusan singgah solat Asar di masjid jamek bandar Jeli. 










Memandangkan ruang yang biasa saya letak kereta di belakang sedang dalam baik pulih tengok suasana bukit pun memang jadilah. 





Usai tu singgah di kedai DIY. 






Terus keluar dari Jeli selepas jam 6.45. Maka terus mengambil laluan Tanah Merah ke Pasir Mas. Singgah masjid yang betul-betul berada di tepi jalan. Lihat Masjid Paloh, mukim Pasir Genda, Tanah Merah





Sampai di rumah jam 8.50 dengan jarak pemanduan 171 km.