Merujuk pada artikel Pra pelancaran karnival Agro Madani Kelantan yang dipersembahkan Isnin lalu. Ini lagi cerita dari sebulan lalu iaitu sekitar cerita sambutan hari raya Aidil Adha. Walaupun cerita ini sudah lebih sebulan biar kita kongsikan.
Pagi Isnin 17 Jun 2024 bersamaan 10 Zulhijjah 1445 Hijriah sempat menunaikan solat sunat Aidil Adha di masjid mukim Pendek. Takbir raya Aidil Adha dilaungkan bermula pagi hari Arafah sehingga hari Tasyriq iaitu pada 16 hingga 20 Jun. Masjid ini sudah banyak kali solat di sini kerana kedudukan rumah saya dalam lebih kurang 200 meter. Banyak kenangan manis boleh ditinggalkan terutama ketika zaman saya kanak-kanak dan sekolah rendah.
Kelihatan masjid sekarang telah mengalami beberapa perubahan. Dahulu berwarna coklat, sekarang sudah dicat berwarna putih. Lihat artikel Rupa terbaru masjid mukim Pendek, Kelantan di blogspot Jom ke Masjid.
Pagi Selasa 18 Julai saya dan keluarga terus meninggalkan rumah untuk bergerak ke Jeli. Gambar ini berada di kampung ibu di Tembesu Limbat. Hajatnya mahu singgah rumah ibu bapa sepupu yang betul-betul berdekatan. Dahulu zaman kanak-kanak dipanggil sepupu walaupun zaman itu pernah bermain. Sekarang bila meningkat dewasa, semakin lama semakin tak larat nak buat apa. Pentingkan diri sendiri. Ibu saudara pun pula mengalami masalah keluarga sejak hampir 6 tahun lalu kerana anak-anak yang juga sepupu saya sendiri sudah meningkat kedewasaan kerana kesemuanya dilahirkan pada tahun 2000 hingga 2005.
Maka pada masa ini juga ramai yang bertolak pulang untuk mencari rezeki di bandar, terutama kebanyakkan mereka ini akan pulang ke utara setelah tamat cuti raya kerana esoknya Rabu akan bersekolah seperti biasa. Cuma suasana hari raya Aidil Adha atau raya haji tidak sama dengan raya Aidil Fitri atau raya puasa. Jika raya puasa memanglah memakan lebih kurang 10 jam meredah kesesakan.
Seterusnya berjalan-jalan di sekitar perumahan di Taman Kifayah sambil melihat suasana kehijauan.
Seterusnya terus berpusing ke bandar Jeli.
Singgah membeli aiskrim di kedai runcit berdekatan lalu menikmatinya di medan selera sambil melihat keindahan gunung-ganang.
Singgah di surau Taman Kifayah untuk sama-sama menunaikan solat Zohor. Dekat ja dengan rumah bapa saudara belah ibu saya.
Saya terpaksa bawa telefon lama untuk merakam gambar kerana telefon iPhone 11 milik saya sudah kehabisan bateri. Kalaulah bawa iPhone 11 kameranya masih cantik, warna cantik dan jelas jika dibandingkan dengan telefon lama walaupun iPhone itu keluaran 5 tahun lalu.
Seterusnya singgah di rumah sepupu belah ibu yang tidak jauh dari bandar Jeli untuk menghadiri satu majlis kenduri.
Seterusnya saya pun membawa sepupu belah ibu untuk perjalanan seterusnya untuk ke Berdang, berdekatan Jeli.
Buat kali pertama saya terus menaiki bukit berdekatan Berdang dengan membawa kereta pacuan empat roda.
Tengok la dari puncak bukit terus melihat suasana kampung. Cuma masih berada dalam jajahan Jeli lagi.
Di sana ada pengikutnya dan memang ada penjaga.
Dengan suasana mendaki bukit dengan kereta pacuan empat roda ini masing-masing kena ada pencabar. Kereta kecil tak boleh membawa masuk. Kalaulah ada rezeki boleh angkut kenderaan seperti ini.
Di situ itulah kebun bapa saudara. Lepas ni pula boleh bersantai di atas kawasan berbukit pula. Alhamdulillah terasa lega.
No comments:
Post a Comment