Salam hari Ahad 19 Zulkaedah 1446 Hijriah. Bersambung daripada cerita Aktiviti awal Mei 2025 - Ke beberapa tempat di Bachok termasuk tempat viral.
Khamis 1 Mei 2025 malam Jumaat kami bermalam di rumah ibu saya di Tembesu Limbat, Pasir Tumboh. Kemudian esoknya Jumaat 2 Mei menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan sebelum pulang kembali ke rumah. Seterusnya pagi Sabtu 3 Mei sekali lagi keluar dari rumah untuk ke satu majlis kenduri di Wakaf Bharu.
Jam 12.50 baru sampai ke majlis kenduri kahwin waris saya berhampiran rumah di Bunut Sarang Burung, Wakaf Bharu. Laluan ini daripada Kubang Batang-Chenderong Batu terus ke Bunut Sarang Burung. Memang tidak pernah masuk dan melalui jalan ini.
Yang terlibat dengan majlis adalah saudara mara, sepupu, waris dan jiran yang berhampiran dengan rumah saya. Majlis ini adalah perkahwinan daripada waris lelaki saya. Cuma ketika banyak 'bekwoh' di rumah yang banyak kenalan bolehlah buat sekadar mengisi perut di waktu tengah hari ini
Sekitar jam 1.53 tengah hari terus memasuki Cabang Tiga Berangan yang mana antara laluan terpenting bila ke Pengkalan Kubor. Alangkah terkejut apabila nama kedai kopi antara nama Che Rita atau pasal Cherita?
Kami sepatutnya akan melalui jalan dari Tumpat ke Pantai Geting yang biasanya ke Pantai Sri Tujuh, namun jalan masih dalam pembaikan yang disebabkan daripada jambatan runtuh akibat kesan banjir tahun lalu. Namun, terpaksa lagi menggunakan jalan dari Kelaboran ke Neting sebagai laluan sementara.
Sebelum sampai ke Pengkalan Kubor singgah di masjid mukim Pak Keral untuk bersolat Zohor. Disebabkan terasa kekenyangan mahu memilih singgah di mana-mana tempat untuk berehat di masjid dan sebagainya.
Kemudian singgah untuk membeli ikan di gerai berhampiran Pantai Sri Tujuh. Sebelah itu juga terdapat muzium berdekatan. Lihat Muzium Wau Kelantan.
Kemudian terus memasuki laluan ke Jubakar untuk melihat apa yang terjadi selepas berlaku pada tahun lalu. Pada masa yang sama juga dapat 'try' lalu ke jalan ini.
Terlihat salah sebuah kedai yang hancur dan rosak akibat kesan hakisan ombak dan banjir yang teruk pada hujung November tahun lalu.
Cuma sayangnya jalan pula masih ditutup ketika kerja baik pulih kemudian terpaksa berpatah balik ke Pengkalan Kubor semula.
Kami lalu jalan ini pun untuk tujuan mencuba sama ada guna atau tidak. Disebabkan jalan ada yang runtuh akibat dibawa arus ombak yang kuat. Yang kelihatan gambar ini adalah kesan kemusnahan akibat musibah itu. Tentu ada hikmah di sebalik kejadian ini.
Seterusnya perjalanan diteruskan melepasi Wakaf Bharu terus ke bandar Kota Bharu. Semenjak cuti hari Pekerja pada Khamis itu banyak kenderaan menggunakan laluan ini sebagai laluan utama untuk ke Kota Bharu dan Pasir Mas.
Jam 4.27 singgah pula ke Pantai Kundur di mana lokasi tempat pendaratan semasa penjajahan Jepun semasa Perang Dunia Kedua.
Gunung pasir inilah tempat saya panjat bersama ibu saudara hampir setahun lalu. Lihat artikel lama Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu.
Cuma semakin tak larat untuk mendaki gunung berpasir macam ini disebabkan keletihan. Jika datang ke sini memang akan merasa panjat gunung pasir ini. Dah macam tanah Arab kan.
Sampai ke rumah jam 5.55 petang didapati saya telah memandu sejauh 69 km. Sekian cerita.
No comments:
Post a Comment