Monday, 4 August 2025

Dari tanah perkuburan terus ke majlis 'kuca sugho'

Salam. Ini adalah perkongsian daripada tiga minggu lalu. 




Adapun tiga minggu lalu ada beberapa peristiwa yang paling melupakan seperti Rabu 16 Julai 2025 malam dikejutkan dengan kematian seorang sepupu yang tinggal di Taman Sri Iman, mukim Teluk Panji akibat kemalangan jalan raya yang membabitkan motosikal dan kereta. 





Pemberitahuan itu melalui ayah saya menelefon daripada kakaknya mengenai kematian berkenaan. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Ketika itu bapa saudara telah menceritakan bahawa dia juga merupakan anak bongsu daripada enam sekeluarganya itu dalam perjalanan pulang dari Kota Bharu untuk membeli makanan untuk dibawa pulang ke rumah sebelum kemalangan berlaku. Abang yang juga anak sulung kepada bapa saudara itu telah diberitahu daripada orang awam bahawa adiknya telah terlibat dalam kemalangan lalu meninggal dunia di tempat kejadian. Maka pada petang Khamis 17 Julai selesai kerja terus singgah di masjid mukim Teluk Panji yang turut bersama saudara mara dan sahabat handai. 





Sempatlah membacakan surah Yasin dan tahlil sebelum menunggunya waktu solat Asar kemudian solat jenazah. 





Petikan dari Sinar Harian bertarikh 17 Julai 2025, atau boleh lihat di sini:

KOTA BHARU – Seorang abang merayu orang ramai yang mempunyai rakaman papan pemuka atau kamera litar tertutup (CCTV) membantu mengesan kenderaan yang dipercayai melanggar adiknya sehingga maut dalam satu kemalangan di Kampung Teluk Panji, di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa, Muhammad Naqib Afnan Roslee, 19, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Mangsa yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik itu difahamkan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Sri Iman, hanya kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.

Menurut abangnya, Muhammad Nabil Aiman, 28, adiknya yang bekerja sebagai pengasuh warga emas keluar membeli makanan sebelum kemalangan berlaku.

“Saya dimaklumkan oleh orang awam ada dua kenderaan terbabit tetapi tak tahu mana-mana yang sahih.

“Satu kereta berhenti, manakala sebuah lagi dikatakan terus berlalu pergi dan belum dapat dikenal pasti,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dia menerima panggilan daripada ibunya yang memaklumkan kejadian tersebut ketika berada di rumah mentua di Telipot, lalu segera bergegas ke lokasi.

“Masa saya sampai, adik sudah meninggal dunia dan jenazah ditutup dengan kain,” katanya.

Muhammad Nabil memohon jasa baik orang ramai yang mempunyai rakaman papan pemuka atau CCTV di sekitar lokasi kejadian agar tampil membantu siasatan.

“Kami reda dengan pemergiannya. Cuma kami nak tahu keadaan sebenar, sekarang samar-samar.

“Saya mohon jika ada siapa-siapa yang ada rakaman, tolong hubungi saya,” katanya.

Jenazah akan dibedah siasat di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gaung Pendek di sini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau rakaman diminta menghubungi Muhammad Nabil di talian 014-2915989.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud yang dihubungi mengesahkan kejadian kemalangan berkenaan.






Terus ke tanah perkuburan Islam Gaung, mukim Pendek untuk upacara pengebumian jam 6.30 bersebelahan dengan makam neneknya yang meninggal dunia tiga tahun lalu. Lihat Kenduri Bangi 2022 - Segalanya telah berakhirnya perjalanan. Di sini juga tempat bersemadi arwah datuk saya sendiri yang meninggal dunia pada 16 Julai 2001, iaitu 24 tahun yang lalu akibat penyakit strok. Ketika itu saya berusia 8 bulan. Itulah takdir yang segala mengubah. Apabila memandu kereta dan menunggang motosikal perlu sentiasa berhati-hati. Saya pernah sekali berlaku kemalangan antara motosikal yang saya sendiri dengan kereta pada hujung tahun 2022, namun hanya mengalami cedera ringan. 





Pagi Sabtu 19 Julai diadakan majlis 'kuca sugho' di rumah saudara mara bersebelahan. Ada 2 kawah disediakan pada majlis itu. 





Malam itu juga saya dan keluarga ke rumah ibu sendiri di Tembesu Limbat. Kami pun membawa bubur asyura yang sudah siap untuk diagihkan kepada majlis solat hajat semperna menduduki rumah baru selepas solat Isyak di masjid berhampiran. 



Dari tanah perkuburan terus ke majlis 'kuca sugho'

Salam. Ini adalah perkongsian daripada tiga minggu lalu.  Adapun tiga minggu lalu ada beberapa peristiwa yang paling melupakan seperti Rabu ...