Friday, 26 September 2025

Ringkasan pada pertengahan September 2025

Biar kita kongsikan beberapa artikel yang pernah dilakukan pada pertengahan September. Dan ketika itu bermula cuti persekolahan dan hari Malaysia yang mana kebelakangan ini banyak aktiviti dijalankan sepanjang itu seperti majlis kenduri atau 'make gulai'. Jom kita kongsikan cerita ini...




Dimulakan dengan petang Sabtu 13 September 2025 diadakan majlis kenduri kahwin waris kampung saya di Taman Buaya, Badang. 





Ia diadakan di Dewan Seri Gemilang, Tiara Beach Resort. 





Di belakangnya terlihat berlatarkan sungai. 





Tengah hari Ahad 14 September diadakan majlis kenduri kahwin anak kepada Imam Masjid Mukim Pendek. 





Petang Selasa 16 September bertepatan dengan hari Malaysia diadakan pula majlis selawat di rumah waris bapa di Lorong Purnama, Kampung Gaung. 





Pagi Khamis 18 September menunggu rombongan daripada waris kampung saya untuk ke majlis kenduri kahwin di Cherang Ruku. Sementara itu pula singgah di masjid ini. Lihat artikel Masjid Kampung Lembah, Semerak di blogspot Alam Melayu dan Islam





Kemudian ke majlis tersebut sekitar jam 12.30. 






Kebetulan itu bergambar dengan YB Ahli Parlimen Pasir Puteh iaitu Datuk Dr. Haji Nik Muhammad Zawawi Salleh. Beliau masih menyandang sebagai ahli Parlimen daripada wakil Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sejak Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 sehingga ke PRU Ke-16. 





Sebelah malam pula sejurus meninggalkan ibu (mungkin disebabkan atas pihak tertentu) di kampung, singgah di masjid ini. Lihat Masjid Al-Ihsan, Mukim Mentuan





Kemudian singgah tahlil di rumah ibu majikan yang meninggal dunia minggu sebelum itu. Maka inilah ringkasan cerita pada minggu lalu.  



Wednesday, 17 September 2025

Menyahut panggilan di Bukit Keluang setelah 6 tahun

Salam semua. Hari ini baru ada berkelapangan untuk memulakan perkongsian di negeri jiran kita iaitu Terengganu. Minggu ini masih berada dalam mood cuti persekolahan memandangkan banyak lagi kenduri di sekitar negeri kita termasuk kenduri selawat (Maulidur Rasul). Sedangkan sekarang masih dalam bulan Rabiul Awal iaitu bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Mulakan cerita dulu...




Perjalanan secara rasminya bermula pagi Sabtu 6 Ogos 2025 apabila keluar rumah untuk membawa bapa saudara ke klinik. Disebabkan panggilan daripada hari semalam itu (Jumaat 5 Ogos), maka menghantar ke klinik berdekatan Pasar Borong Wakaf Che Yeh selepas dia mengadu sakit dada sejak 2 hari lalu. 





Sekitar jam 11.00 singgah di pekan Wakaf Bharu lalu ke pasar ini. 




Seterusnya lagi ke G-Orange Mall di Tunjong untuk membeli barang keperluan bapa saudara. 





Selepas solat Zohor di rumah bapa saudara di Tembesu Limbat, terus memulakan perjalanan kecil ke Besut. Kemudian, baru tahu dapat timbul rasa berjalan ke luar negeri kita pula. Untuk pengetahuan, Besut berada dalam daerah di negeri Terengganu yang mana penduduknya kebanyakan menggunakan bahasa kita sendiri iaitu Bahasa Melayu Kelantan atau kecek Klate. Bukan setakat Besut sahaja, segelintir penduduk di utara daerah Setiu turut menggunakan bahasa sama kerana kedudukan sama dekat dengan negeri kita sendiri. 





Sekitar jam 4.15 baru sampai ke Bukit Keluang di Besut. Kali ini tempat yang kita mahukan. 





Banyak berlaku perubahan di kawasan ini jika dibandingkan dengan artikel yang dibuat 6 tahun lalu. Kali ini hanya laluan pejalan kaki yang mana sebelum ini boleh diletakkan tempat meletakkan kereta. 







Pada hari sama itu juga dapat memanjat di puncak bukit ini. Jika masih sempat, boleh panjat sampai ke puncak ini lagi. Lihat artikel lama berikut :
















Nampak dari jauh ini adalah Pulau Perhentian. Rasanya setakat ini belum pernah sampai ke pulau ini walaupun dekat. 





Selepas memasuki gua sempit terus menyeberangi sampai ke hujung. Semasa sampai mendekati ruang masuk ternampak seperti 'batu bersurat'. Ternyata yang terjawab. Lihat artikel 'Batu bersurat' Bukit Keluang di blogspot Alam Melayu dan Islam





Dalam perjalanan ke Jerteh ternampak masjid ini lalu singgah. Lihat Masjid Alor Lintang





Sekitar jam 6.05 baru sampai ke bandar Jerteh. Teringatkan masjid besar ini tempat solat jenazah untuk 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban akibat kemalangan bas persiaran di Jalan Gerik pada 9 Jun lalu, iaitu hari raya Aidil Adha yang ke-3. Kini sudah 3 bulan yang lalu. Difahamkan kesemua mangsa yang berada di bas persiaran ketika itu berasal dari daerah Besut menurut info. Ketika ini juga pernah viral tentang salah seorang pelajar perempuan iaitu Allahyarhamah Nurly Sahirah Azman yang berasal dari Kampung Gong Pasir, dekat sini. Beliau juga aktif tentang hafalan juzuk Al-Quran dan juga menulis beberapa ayat al-Quran menggunakan tulisannya sendiri. Suatu hari nanti ketika arwah masih hidup akan bercita-cita menjadi ustazah. Semoga kesemua arwah yang meninggal dunia itu termasuk Allahyarhamah Nurly ditempatkan bersama dalam kalangan yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah. 





Dari Jerteh terus melalui jalan ke Kota Bharu. Kini jalan ini sudah dibesarkan menjadi 4 hala untuk mengelakkan kesesakan terutama pada cuti sekolah yang sudah dibuka lebih setengah bulan yang lalu. Gambar ini diambil berdekatan dengan pekan Melor. 




Apabila sampai ke rumah jam 7.30 malam mendapati saya sudah memandu sejauh 157 km. 



Thursday, 11 September 2025

Mimpi ayah di Tasik Danau Tok Uban

Salam. Sedikit perkongsian daripada minggu lalu. 




Pagi Isnin 1 September 2025 saya keluar bersendirian untuk ke Rantau Panjang. Cuma saya dapat menunaikan hajat ke sini yang terakhir sejak zaman kecil lagi yang mana memori ayah saya sendiri membuat pengalaman semasa zaman muda. 





Inilah tasik Danau Tok Uban. Tasik ini dahulu belum diketahui umum tidak seperti zaman 'viral' sekarang termasuk masjid terapung ini. Ia merupakan tasik yang terbesar di negeri Kelantan. 





Tasik ini bakal menjadikan kenangan termasuk zaman ketika saya kecil dan ayah ketika muda. 





Ayah saya sendiri katanya sudah 2/3 kali pernah ke sini. Ketika itu bersama dengan rakan sekerja membuat lawatan sambil bekerja bersama pihak KADA (Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu) kemudian buat pertama kali ke sini pada sekitar tahun 80an. Laluan ke tasik itu masih lagi dikelilingi dengan pokok getah (dahulu), sekarang menjadi ladang kelapa sawit. 





Melihat lebih dekat ini adalah masjid terapung atau lebih dikenali Masjid Brunei yang mana dibina oleh Sultan Brunei. 





Ini pula sistem solar yang merupakan terbesar di Asia Tenggara yang dimiliki tak silap Sultan Kelantan. 






Sekarang semakin cantik jika dibandingkan dengan zaman dahulu. 






Dari jauh kelihatan ini adalah bukit Panau. 





Baru tahu tasik Danau Tok Uban ini menyimpan banyak kenangan dulu-dulu. Zaman saya ketika kecil tak silap sekali singgah semasa berkelah dengan saudara mara. Sebelum itu ayah saya termimpi mengingatkan zaman tentang kunjungan ke tempat ini. Untuk makluman ini adalah artikel ke-291 di blogspot ini. 



Friday, 5 September 2025

Sekitar cerita awal dan akhir Ogos 2025

Salam. Hampir sebulan tidak berbuat artikel di blogspot yang mana kali terakhir menulis artikel menerusi Sedikit ke Jeli dan Tumpat awal Ogos 2025 yang dibuat pada 14 Ogos. Apapun banyak artikel tentang sedikit cerita sepanjang bulan lalu biarpun sudah berlalu. 




Khamis 7 Ogos 2025 malam saya dan keluarga pergi ke Taman Sri Iman di mukim Panji untuk menghadiri majlis tahlil dan solat Isyak. Ini adalah majlis tahlil untuk arwah sepupu saya iaitu Naqib yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 16 Julai. Lihat Dari tanah perkuburan terus ke majlis 'kuca sugho'. Aktiviti malam itu pula dibuat di surau yang letaknya 200 meter dari kediaman arwah Naqib. Lihat artikel Surau Taman Sri Iman, Panji di blogspot Alam Melayu dan Islam





Esoknya Jumaat 8 Ogos pergi ke rumah ibu saya di Tembesu Limbat untuk menghadiri majlis. Maka ayah dan saya sendiri sahaja menunaikan solat Jumaat di masjid Al-Qasimi yang terletak berdekatan Pasir Tumboh. 





Pada 19 Julai baru ini ada satu majlis solat hajat untuk bakal menduduki kediaman baharu bagi dua tempat berasingan iaitu rumah bapa saudara dan sepupu lelaki yang memiliki isteri di Tembesu Limbat ini. Kali ini diadakan pula solat hajat untuk adik kepada sepupu lelaki iaitu adik perempuan yang bakal memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) pada minggu seterusnya baru ini. Semoga dapat melahirkan insan yang berjaya dan cemerlang buat adik perempuan itu. 





Tengah hari Jumaat 29 Ogos terus ke Panji untuk menghadiri majlis kenduri tahlil 40 lalu menunaikan solat Jumaat di masjid mukim Teluk Panji. Azan ke-2 sebelum khutbah Jumaat yang merdu diperkumandangkan oleh sepupu lelaki yang berada di Kuala Berang. 





Letaknya tidak jauh dari kediaman arwah Naqib yang meninggal dunia akibat kemalangan baru ini di Taman Sri Iman. Masjid ini menjadi pilihan apabila berada berdekatan Taman Sri Iman. 





Selepas solat terus ke kediaman arwah untuk sedikit jamuan tahlil. Bukan dari sini sahaja, sanak saudara pun ada yang datang dari Kuala Berang yang bekerja sebagai kedai nasi kukus Umira. Kali terakhir majlis tahlil 40 di sini adalah semperna dengan kematian ibu saudara yang meninggal dunia pada 3 tahun lalu, iaitu September 2022 akibat sakit tua dan strok. 





Esoknya pula pagi Sabtu 30 Ogos, menjelang Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68 menghadiri satu majlis akikah di Kubang Panjang, Pasir Mas. 




Pada sebelah petang selesai sudah ke rumah waris sepupu saya di mukim Kota, terus menghadiri lagi majlis perkahwinan waris sepupu kakak ipar di Kampung Tini, Pasir Hor. 





Itu sahaja sedikit perkongsian tentang ringkasan aktiviti sepanjang 23 hari pada bulan Ogos. Banyak peristiwa yang kita lupakan inilah yang kita mahukan. 



Cuti hari keputeraan di Terengganu

Merujuk pada artikel  Majlis Maulidur Rasul di dua kawasan dalam mukim Pendek  yang dipersembahkan Rabu lalu. Biar kita mulakan cerita tenta...