Thursday, 23 April 2026

Majlis raya 2026 di dua tempat

Salam semua. Sedikit perkongsian daripada bulan Islam yang lalu. 




Petang Sabtu 4 April 2026. Saya dan keluarga singgah di tempat ini letaknya di Pasir Lada, Pasir Hor. 





Ia adalah majlis sambutan hari raya di warung isteri sepupu lelaki yang bernama Warung Namchai. Mungkin perkataan Thai 'Nam Chai' yang membawa maksud kasih sayang. Bukan sahaja nasi berlauk, pelbagai masakan ala Thai menjadi menu di warung ini




Tapak asalnya merupakan sebuah bengkel kenderaan yang kini diubah suai sebagai warung makan. Sebelum pulang singgah di masjid berdekatan. Lihat artikel di blogspot Alam Melayu dan Islam iaitu Masjid Al-Ikhlas, Pasir Lada dan diikuti Tanah perkuburan Islam Pasir Lada





Tengah hari Jumaat 17 April bersamaan 28 Syawal bersolat Jumaat di masjid mukim Pendek yang terletak lebih kurang 500 meter dari rumah saya. 





Selesai itu juga diadakan majlis sambutan hari raya bertempat di ruang letak kenderaan masjid ini. 




Itu sahaja sedikit yang saya gambarkan. 



No comments:

Post a Comment