Salam semua. Sedikit perkongsian daripada bulan Islam yang lalu.
Petang Sabtu 4 April 2026. Saya dan keluarga singgah di tempat ini letaknya di Pasir Lada, Pasir Hor.
Ia adalah majlis sambutan hari raya di warung isteri sepupu lelaki yang bernama Warung Namchai. Mungkin perkataan Thai 'Nam Chai' yang membawa maksud kasih sayang. Bukan sahaja nasi berlauk, pelbagai masakan ala Thai menjadi menu di warung ini
Tapak asalnya merupakan sebuah bengkel kenderaan yang kini diubah suai sebagai warung makan. Sebelum pulang singgah di masjid berdekatan. Lihat artikel di blogspot Alam Melayu dan Islam iaitu Masjid Al-Ikhlas, Pasir Lada dan diikuti Tanah perkuburan Islam Pasir Lada.
Tengah hari Jumaat 17 April bersamaan 28 Syawal bersolat Jumaat di masjid mukim Pendek yang terletak lebih kurang 500 meter dari rumah saya.






No comments:
Post a Comment