Saturday, 11 April 2026

Cerita Aidil Fitri 1447/2026 - Ke Muar setelah 14 tahun

Salam. Memasuki hari ke-4 perjalanan ke Lembah Klang dan selatan. Bersambung daripada Cerita Aidil Fitri 1447/2026 - Dari Bangi ke Melaka




Pagi Rabu 25 Mac 2026. Bergerak keluar dari Melaka. 





Sampai ke sempadan Johor dengan menggunakan Lebuh AMJ. Gambar di atas menunjukkan jambatan ikonik di Muar. Kali terakhir sampai di sini iaitu awal tahun 2012, kira-kira 14 tahun lalu. Ketika itu kami melalui dengan bas ke Johor sehingga Kelantan. 





Ambil sekali lagi laluan dari Muar mengelilingi ladang kelapa sawit. 





Jam 12.27 sampai ke Parit Salam di Semerah. 





Lalu singgah di rumah waris kakak bapa. 




Dari Semerah menuju kembali ke Muar. Singgah di masjid yang kelihatan. Lihat artikel Masjid Sungai Gersik, Sungai Balang, Muar di blogspot Alam Melayu dan Islam





Melepasi 26 km dari sempadan Melaka singgah stesen minyak di Semabok. 




Singgah membeli barangan perkakasan kerja berhampiran Batu Berendam. 




Selepas melepaskan kepenatan berjalan jauh beriadah di kawasan padang berhampiran. 





Lalu menikmati makan petang. Untuk makluman ini adalah artikel ke-314 di blogspot Nota Untukmu ini. 




No comments:

Post a Comment

Ringkasan hari raya Aidil Adha 1447 Hijriah

Adapun saya telah mempersembahkan artikel ke-323 dalam Nota Untukmu iaitu  Impian 'laptop' baru dan daripada minggu lalu  22 Mei lal...