Salam. Daripada minggu lalu...
Tengah hari Selasa 12 Mei 2026. Saya membawa bersama saudara mara daripada Bangi untuk singgah di rumah urut di Pantai Melawi, Bachok.
Sekali pandang semakin banyak perubahan yang dijalankan di kawasan ini.
Jika dibandingkan dengan dahulu yang dibuat setahun lalu. Lihat artikel lama Aktiviti awal Mei 2025 - Ke beberapa tempat di Bachok termasuk tempat viral.
Pagi Sabtu 16 Mei ada satu majlis kenduri waris di Kadok. Dahulu asal rumah ini berada di Pendek yang menjadi milik tanah kerajaan untuk tujuan pembangunan.
Jam sekitar 3 petang laptop yang dipesan di Shopee akhirnya sudah sampai. Rasanya ini bagi menggantikan laptop terdahulu yang terpakai sudah tidak dapat mengemaskini sistem operasi (OS) terbaharu. Laptop ini memang jenama baru cuma saya lihat ulasan harap berfungsi dengan baik.










