Thursday, 14 August 2025

Sedikit ke Jeli dan Tumpat awal Ogos 2025

Salam malam Jumaat. Dikongsikan daripada hampir 2 minggu lalu. 




Pagi Jumaat 1 Ogos 2025 terus meninggalkan rumah untuk membawa keluarga ke Jeli. Singgah di pasar Ayer Lanas yang letaknya 500 meter dari sempadan daerah Tanah Merah-Jeli. 





Jam 11.15 baru sampai ke Jeli. 





Kemudian menunaikan solat Jumaat di masjid bandar Jeli. 





Inilah masjid yang selalu menunaikan solat Jumaat apabila berada di Jeli. 




Dari anjung bahagian pintu masuk utama boleh lihat suasana bukit. Gambar ini diambil selepas solat Jumaat. 





Di sini untuk semata-mata menukar pintu rosak kepada pintu yang baharu di rumah abang kepada ibu saya di Taman Kifayah. Isteri abang itu tiada di rumah kerana mengikuti rombongan bersama jiran ke pulau Langkawi. 




Jam 5.30 singgah ke pekan Jeli. 










Kemudian membeli buku tentang menerokai keajaiban ciptaan Tuhan. Selari dengan tempat dinamakan daerah Jeli yang diselubungi hutan hujan tropika yang kaya dengan alam dan fauna ciptaan Tuhan. 






Tengah malam itu pula sebelum sampai ke rumah singgah di kedai runcit Pakistan. Tidak jauh daripada itu terdapat surau yang terletak di hadapan. Lihat artikel Surau Sungai Batu, Chetok di blogspot Alam Melayu dan Islam. Petang Sabtu 2 Ogos pula singgah ke pantai Geting di Tumpat untuk bersantai-santai. 




Monday, 4 August 2025

Dari tanah perkuburan terus ke majlis 'kuca sugho'

Salam. Ini adalah perkongsian daripada tiga minggu lalu. 




Adapun tiga minggu lalu ada beberapa peristiwa yang paling melupakan seperti Rabu 16 Julai 2025 malam dikejutkan dengan kematian seorang sepupu yang tinggal di Taman Sri Iman, mukim Teluk Panji akibat kemalangan jalan raya yang membabitkan motosikal dan kereta. 





Pemberitahuan itu melalui ayah saya menelefon daripada kakaknya mengenai kematian berkenaan. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Ketika itu bapa saudara telah menceritakan bahawa dia juga merupakan anak bongsu daripada enam sekeluarganya itu dalam perjalanan pulang dari Kota Bharu untuk membeli makanan untuk dibawa pulang ke rumah sebelum kemalangan berlaku. Abang yang juga anak sulung kepada bapa saudara itu telah diberitahu daripada orang awam bahawa adiknya telah terlibat dalam kemalangan lalu meninggal dunia di tempat kejadian. Maka pada petang Khamis 17 Julai selesai kerja terus singgah di masjid mukim Teluk Panji yang turut bersama saudara mara dan sahabat handai. 





Sempatlah membacakan surah Yasin dan tahlil sebelum menunggunya waktu solat Asar kemudian solat jenazah. 





Petikan dari Sinar Harian bertarikh 17 Julai 2025, atau boleh lihat di sini:

KOTA BHARU – Seorang abang merayu orang ramai yang mempunyai rakaman papan pemuka atau kamera litar tertutup (CCTV) membantu mengesan kenderaan yang dipercayai melanggar adiknya sehingga maut dalam satu kemalangan di Kampung Teluk Panji, di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa, Muhammad Naqib Afnan Roslee, 19, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Mangsa yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik itu difahamkan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Sri Iman, hanya kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.

Menurut abangnya, Muhammad Nabil Aiman, 28, adiknya yang bekerja sebagai pengasuh warga emas keluar membeli makanan sebelum kemalangan berlaku.

“Saya dimaklumkan oleh orang awam ada dua kenderaan terbabit tetapi tak tahu mana-mana yang sahih.

“Satu kereta berhenti, manakala sebuah lagi dikatakan terus berlalu pergi dan belum dapat dikenal pasti,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dia menerima panggilan daripada ibunya yang memaklumkan kejadian tersebut ketika berada di rumah mentua di Telipot, lalu segera bergegas ke lokasi.

“Masa saya sampai, adik sudah meninggal dunia dan jenazah ditutup dengan kain,” katanya.

Muhammad Nabil memohon jasa baik orang ramai yang mempunyai rakaman papan pemuka atau CCTV di sekitar lokasi kejadian agar tampil membantu siasatan.

“Kami reda dengan pemergiannya. Cuma kami nak tahu keadaan sebenar, sekarang samar-samar.

“Saya mohon jika ada siapa-siapa yang ada rakaman, tolong hubungi saya,” katanya.

Jenazah akan dibedah siasat di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gaung Pendek di sini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau rakaman diminta menghubungi Muhammad Nabil di talian 014-2915989.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud yang dihubungi mengesahkan kejadian kemalangan berkenaan.






Terus ke tanah perkuburan Islam Gaung, mukim Pendek untuk upacara pengebumian jam 6.30 bersebelahan dengan makam neneknya yang meninggal dunia tiga tahun lalu. Lihat Kenduri Bangi 2022 - Segalanya telah berakhirnya perjalanan. Di sini juga tempat bersemadi arwah datuk saya sendiri yang meninggal dunia pada 16 Julai 2001, iaitu 24 tahun yang lalu akibat penyakit strok. Ketika itu saya berusia 8 bulan. Itulah takdir yang segala mengubah. Apabila memandu kereta dan menunggang motosikal perlu sentiasa berhati-hati. Saya pernah sekali berlaku kemalangan antara motosikal yang saya sendiri dengan kereta pada hujung tahun 2022, namun hanya mengalami cedera ringan. 





Pagi Sabtu 19 Julai diadakan majlis 'kuca sugho' di rumah saudara mara bersebelahan. Ada 2 kawah disediakan pada majlis itu. 





Malam itu juga saya dan keluarga ke rumah ibu sendiri di Tembesu Limbat. Kami pun membawa bubur asyura yang sudah siap untuk diagihkan kepada majlis solat hajat semperna menduduki rumah baru selepas solat Isyak di masjid berhampiran. 



Monday, 21 July 2025

Sedikit cerita awal Muharram 1447 Hijriah - Bahagian II

Salam 25 Muharram 1447 Hijriah. Bersambung daripada artikel Sedikit cerita awal Muharram 1447 Hijriah - Bahagian I




Dari Telong terus menghala ke Tok Bali. Kemudian singgah di masjid ini. Lihat artikel Masjid Al-Hasanain, Kuala Semerak, Tok Bali di blogspot Alam Melayu dan Islam






Sekitar jam 3.30 singgahlah di Pantai Bisikan Bayu di Semerak. Letaknya kira-kira 3 km ke sempadan negeri Terengganu. 





Kelihatan dalam gambar ini ialah D'Rhu Rehlah tempat adik saya yang sekarang baru Tingkatan Empat bersama rakan-rakannya mengadakan kem pada pertengahan Jun lalu. 





Singgah untuk mendamaikan suasana. Kali terakhir singgah di sini lebih kurang 8/9 tahun yang lalu tak silap. 










Kelihatan bayangan bukit ini adalah bukit Keluang di Kuala Besut. 






Singgah di rumah bapa saudara di Tembesu, Limbat untuk melihat projek rumah yang ketika itu baru tinggal 90% siap. 





Biasa kalau nampak rumah ini sudah kelihatan moden seperti perubahan masa sekarang. Ia menggantikan struktur rumah dengan pelbagai faktor iaitu uzur, struktur kayu dimakan anai-anai dan bumbung bocor. 





Apabila sampai ke rumah semasa waktu azan Maghrib didapati saya telah memandu sejauh 105 km. Untuk pengetahuan, ini adalah artikel ke-287 di blogspot NOTA UNTUKMU ini. 






Saturday, 19 July 2025

Sedikit cerita awal Muharram 1447 Hijriah - Bahagian I

Salam Sabtu 23 Muharram 1447 Hijriah. Merujuk kepada artikel Fantastic Fest 2025 yang dipersembahkan Selasa lalu. Adapun tiga minggu lalu punya sedikit cerita, cuma hanya satu perjalanan kecil. 




Pagi Sabtu 28 Jun 2025 bersamaan 2 Muharram 1447 Hijriah saya dan keluarga keluar dari rumah untuk pergi ke beberapa tempat kenduri di sekitar negeri kita sahaja. 





Singgah di Chicha berdekatan Kubang Kerian untuk menghadiri satu majlis kenduri perkahwinan sepupu. 




Tidak jauh dari tempat majlis terdapat satu tanah perkuburan. Lihat artikel Tanah perkuburan Islam Chicha, Kubang Kerian di blogspot Alam Melayu dan Islam






Dari Jelawat terus menghala ke Melawi. Singgah di masjid berhadapan sambil menunggu Google Maps. Lihat Masjid Ar-Rahman, Repek pada siang hari






Diteruskan lagi perjalanan menuju ke Telong. 






Selesai singgah di masjid yang berdekatan (lihat Masjid iktikaf Pantai Telong), terus singgah home stay yang letaknya di Pantai Telong untuk menunggu ketibaan pengantin dari pihak lelaki yang juga anak saudara kepada ibu saudara daripada Selangor. 










Dari 500 meter terus ke majlis berarak memasuki majlis jam 1.20. Ini adalah majlis perkahwinan daripada pihak perempuan yang berlangsung di pantai Telong. 










Pengacara majlis pun menyuruh semua untuk bergambar bersama sebelum berangkat pulang. Maka kami pun dapat bergambar bersama. Insya Allah semoga saya dapat bertemu jodoh pada suatu hari nanti. 




Tuesday, 15 July 2025

Fantastic Fest 2025

Salam pertengahan Muharram. Perkongsian daripada 3 minggu lalu. 




Khamis hingga Ahad 26 hingga 29 Jun 2025 telah diadakan Fantastic Fest 2025 diadakan di perkarangan Mydin Mall Tunjong. Antara penaja utama ialah Yaya Empire Perfume dan NB Group. Antara aktiviti menarik seperti persembahan nyanyian daripada artis tempatan, Dikir Barat, pertandingan, influencer daripada TikTokers, festival makanan dan banyak lagi. 





Petang Jumaat 27 Jun 2025 dari Pasir Hor saya pun ke tempat parking Mydin Mall Tunjong kebetulan diadakan festival Fantastic. 





Biasanya memang diadakan festival makanan. 










Festival yang saya pergi ini adalah memasuki hari ke-2. Tidak sampai seminggu berlalu aktiviti diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV di bandar Kota Bharu iaitu Pesta Itu-Ini, ini satu lagi aktiviti lagi memeriah untuk anak muda iaitu festival yang diadakan seperti ini. 




Thursday, 26 June 2025

Pesta Itu-Ini

Salam 1 Muharam atau Maal Hijrah 1447 Hijriah. Kebetulan esoknya Jumaat 27 Jun 2025 bermulalah tahun baru Islam dan Jumaat pertama bagi tahun 1447 Hijriah Ini perkongsian daripada Sabtu lepas. 





Pesta Itu-Ini diadakan pada hari Khamis hingga Sabtu, 19 hingga 21 Jun 2025 bertempat di Parkir B, Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Antara aktiviti menarik ialah persembahan daripada artis terkenal, karnival jualan, aktiviti untuk kanak-kanak, liga bola sepak jalanan, konvoi skuter Vespa, 'bekwoh' dan banyak lagi. 





Sabtu 21 Jun 2025 malam selepas Isyak berkesempatan ke festival pesta ini. 





Cuma ini adalah gambar menyanyikan lagu kerohanian daripada kumpulan Awla. Sejak inilah festival dapat memeriahkan suasana malam untuk anak muda. 









Sunday, 22 June 2025

Sedikit tentang hari raya Aidil Adha 1446 Hijriah

Salam 25 Zulhijjah 1446 Hijriah. Sedikit perkongsian mengenai aktiviti pada hari raya Haji 2 minggu lalu. 




Pagi Sabtu 7 Jun 2025 bersamaan 10 Zulhijjah 1446 Hijriah iaitu Hari Raya Aidil Adha. Solat sunat Aidil Adha hanya masjid berdekatan rumah sahaja iaitu Pendek. Kali ini sekadar solat Jumaat, solat 5 waktu dan lainnya dilakukan di sini sahaja. 





Jika ikutkan jarak dari masjid utama di Kota Bharu iaitu Masjid Muhammadi jarak sekitar 9 km dari rumah saya sendiri. Itu dikira jauh. Jika ada satu lagi masjid di Pendek iaitu Masjid Mukim Kamil Hassan itupun jarak dalam sekitar 1.5 km dari rumah. 





Cuaca hujan renyai tidak menghalang untuk menghadiri solat sunat Aidil Adha. Gambar ini diambil selepas solat. 





Adapun diadakan majlis korban di rumah jiran yang berhampiran dengan rumah saya. Dua ekor lembu besar dikorbankan pada tahun ini dengan niat yang ikhlas. Sebelah petang pengagihan daging korban akan diserahkan di sekitar termasuk rumah ibu saya yang berada di Pasir Tumboh. 





Pagi Ahad 8 Jun bersamaan 11 Zulhijjah terus keluar lagi untuk pengagihan daging korban kepada sekitar Kota Bharu. Sambil itu terus melihat projek rumah ibu saudara di Telipot. 





Ini adalah projek naik taraf daripada loteng terus dinaikkan menjadi dua tingkat yang dilakukan April lalu untuk menggantikan struktur bumbung yang bocor dan sebahagian kayu telah rosak dimakan oleh anai-anai. 





Pagi Isnin 9 Jun bersamaan 12 Zulhijjah bergerak meninggalkan rumah untuk menuju ke Jeli. 






Jam 9 pagi singgah sarapan di stesen minyak berdekatan Bukit Bunga. 





Sampai di Ayer Lanas jalan menghala ke utara sesak disebabkan perantauan dari negeri utara akan pulang kembali masing-masing. 





Memang tidak bergerak sehingga ke simpang tiga pekan Jeli. 





Sampai di rumah bapa saudara sekitar jam 10.35 pagi. 





Kami pun berjalan kaki ke pekan Jeli. 






Singgah ke pasar untuk membeli sambal pepijat dan banyak lagi. 





Dahulu zaman kanak-kanak ayah selalu ajak saya suruh membeli barang mainan seperti ada dalam gambar ini. Ada patung mainan seperti Ultraman, Spiderman, Pikachu dan konsol permainan Block Blast. Konsol permainan ini boleh letak bateri sejenis sel kering. Sekarang apabila sudah menginjak dewasa boleh dijadikan kenangan zaman ketika saya dahulu. 





Kami pun mengambil laluan dari Tanah Merah untuk ke Pasir Mas sebagai laluan untuk ke Salor. Seperti dalam gambar ini adalah bulatan dan 'flyover' Lemal antara persimpangan iaitu kiri menghala Rantau Panjang, laluan kekal menghala Pasir Mas dan kanan menghala Kota Bharu/Salor. 





Sampai ke rumah tepat jam 7.50 malam iaitu selepas masuk Maghrib didapati pemanduan sejauh 165 km. 



Sedikit ke Jeli dan Tumpat awal Ogos 2025

Salam malam Jumaat. Dikongsikan daripada hampir 2 minggu lalu.  Pagi Jumaat 1 Ogos 2025 terus meninggalkan rumah untuk membawa keluarga ke J...