Satu lagi aktiviti yang dilakukan pada hujung Oktober 2025.
Petang Sabtu 25 Oktober 2025 keluar ke Bandar Baru Tunjong untuk menghantar balik barang yang tersilap hantar ke hadapan rumah.
Sebaik masuk waktu Asar terus memasuki Pengkalan Kubor kemudian singgah beriktikaf di masjid mukim Geting.
Kemudian diteruskan lagi perjalanan menghala ke pekan Tumpat untuk sampai ke Kota Bharu. Alhamdulillah dapatlah melalui laluan yang baru siap dibaiki dalam sebulan yang lalu baru ini. Sebelum ini tidak dapat dilalui kerana jalan Jubakar ini sedang dibaik pulih akibat kesan hakisan ombak pada November tahun lalu. Lihat artikel lama Aktiviti awal Mei 2025 - 'Bekwoh' di Tumpat dan apa terjadi berlaku selepas tragedi bah tahun lalu yang dibuat 7 bulan lalu.
Malam itu juga ada satu kematian bersebelahan dengan rumah saya iaitu bapa saudara saya. Beliau berusia 79 tahun meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru setelah terlantar sakit 5 tahun yang lalu.
Pagi esoknya Ahad 26 Oktober terus memberi penghormatan terakhir seterusnya menunaikan solat jenazah di kediaman arwah sebelum diangkat ke tanah perkuburan di Kampung Gaung, Mukim Pendek.
Petang itu pula selepas menziarahi arwah di Pendek terus ke pesta buku yang diadakan di Mydin Mall Tunjong. Lihat artikel Sejenak di Pesta Buku Pantai Timur 2025.
Petang Jumaat 31 Oktober selepas menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan (lihat artikel Masjid Mukim Binjai pada siang hari di blogspot Alam Melayu dan Islam) terus ke rumah arwah ibu majikan di Mentuan, Binjai untuk menghadiri tahlil 40 hari selepas kematian arwah. Itu sahaja cerita.








