Salam semua. Merujuk pada artikel ringkasan sepanjang pertengahan Oktober 2025 setelah hampir 2 bulan menyepi atas faktor komputer riba yang dibuat semalam. Adapun mengenai kebelakangan baru ini hampir 2 bulan komputer riba rosak. Ini pula acara yang dibuat pada bulan Oktober baru ini pula.
Take a journey across space and time through the multi-dimensional door that is the soul of my being FB : Mohd Afiq Aslam IG/TT : arefiqaslam00
Saturday, 6 December 2025
Sejenak di Pesta Buku Pantai Timur 2025
Sebelum ini pernah dibuat di Mydin Mall Tunjong pada 28 April lalu iaitu pesta buku peringkat negeri. Lihat artikel ke pesta buku Kelantan 2025 walaupun dalam keadaan putus jari. Kali ini dibuat di tempat yang sama pada 24 Oktober hingga 1 November 2025. Acara ini dianjurkan oleh kedai buku yang terkemuka di negeri Kelantan iaitu Kedai Buku Banggol.
Petang Ahad 26 Oktober saya ke Mydin Mall Tunjong walaupun hanya 1.5 km dari rumah saya. Ketika itu sudah memasuki hari ke-3 acara tersebut.
Lebih 2 tahun lalu kali terakhir acara yang sama diadakan di tempat lain iaitu Balai Islam Negeri Kelantan di Lundang. Lihat artikel Pesta buku Pantai Timur 2023.
Kali ini diadakan di tempat ini pula disebabkan di kawasan aras dua luas dan profesional selari dengan perubahan semasa. Sejenak di pesta buku ini.
Semenjak Mydin Mall Tunjong dibuka pada awal Mac 2022 tidak putus-putus menerima pengunjung dari luar mahupun dalam negeri. Namun, pesta buku turut dilaksanakan di tempat yang sama. Lihat artikel lama berikut :
Sejak tahun 2007 saya pernah menjejakkan kaki ke pesta buku, namun belum dibuat blogspot ini kerana saya masih zaman kanak-kanak lagi. Ketika itu diadakan beberapa tempat di sekitar bandaraya Kota Bharu termasuk Dewan Jubli Perak MPKB. Seingatnya saya ke pesta buku dalam 3 kali berturut-turut dalam beberapa tahun. Untuk makluman ini adalah artikel ke-297 di blogspot Nota Untukmu.
Friday, 5 December 2025
Ringkasan sepanjang pertengahan Oktober 2025 setelah hampir 2 bulan menyepi atas faktor komputer riba
Salam. Merujuk pada artikel Cuti hari keputeraan di Terengganu yang dipersembahkan pada 15 Oktober lalu. Hampir 2 bulan kebelakangan ini komputer riba saya rosak disebabkan masalah perkakasan. Maka tidak dapat berbuat apa-apa di blogspot ini. Itulah antara faktor yang menyebabkan lebih sebulan tidak dapat mengemaskinikan di blogspot ini. Begitulah catatan semua hanya di blogspot ini. Walaupun sudah berlalu, kali ini baru memulakan sedikit artikel.
Petang Jumaat 17 Oktober 2025 saya dan keluarga menghadiri majlis kenduri waris di Kampung Sireh Bawah Lembah, iaitu lebih kurang 500 meter dari Bandar Baru Lembah Sireh. Di sini sudah 2 kali singgah di rumah ini dan ketika itu majlis sama seperti sebelum ini lebih kurang 5/6 tahun lalu.
Sebelum berangkat ke kampung ibu saya, sempat singgah di masjid berdekatan dengan rumah yang diadakan majlis tadi. Lihat artikel Masjid Maulana Al-Khurasani, Kampung Sireh Bawah Lembah di blogspot Alam Melayu dan Islam. Kemudian terus singgah lagi di masjid Telipot untuk satu urusan.
Pagi Sabtu 18 Oktober singgah ke KB Mall. Kebelakangan hari itu semakin ramai perantauan untuk menghabiskan masa untuk bercuti semperna hari perayaan Deepavali yang akan menjelang 20 Oktober itu.
Seterusnya singgah di pantai Irama. Kawasan ini banyak kenangan yang saya lupakan semasa zaman kanak-kanak iaitu mengutip tapak sulaiman dan menjumpai obor-obor namun tidak boleh disentuh kerana ia boleh membawa penyakit seperti gatal.
Kemudian singgah lagi di pantai Senok. Cuma laluan ke pantai itu tidak boleh dilalui kerana pembaikan jalan. Terpaksa berpatah balik lalu singgah di masjid yang kelihatan. Lihat Masjid Al-Munir, Pantai Senok dari sisi hadapan.
Pagi Khamis 23 Oktober singgah ke perkarangan masjid mukim Pendek untuk mengadakan jualan Rahmah yang diperkenalkan kerajaan sekarang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ringkasan hari raya Aidil Adha 1447 Hijriah
Adapun saya telah mempersembahkan artikel ke-323 dalam Nota Untukmu iaitu Impian 'laptop' baru dan daripada minggu lalu 22 Mei lal...
-
Salam. Memasuki hari ke-4 perjalanan ke Lembah Klang dan selatan. Bersambung daripada Cerita Aidil Fitri 1447/2026 - Dari Bangi ke Melaka ....
-
Salam malam Jumaat. Dikongsikan satu artikel berkenaan dengan 7 buah masjid yang tercantik di Kelantan. Antaranya 1. Masjid Muhammadi ...
-
Salam 25 Syawal 1447 Hijriah. Diteruskan lagi pada hari terakhir perjalanan Lembah Klang dan selatan. Bersambung daripada Cerita Aidil Fitr...
















