Salam. Merujuk pada artikel Dari 'food festival' ke Geting dipersembahkan Rabu lalu. Sekarang ini pula ada satu lagi perkongsian...
Sebelum ini tidak pernah lagi membuat perkongsian mengenai Pesta Buku Pantai Timur yang diadakan di 3 negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Atas keseleraan saya masing-masing hendak ke beberapa aktiviti. Pesta buku Pantai Timur kali ini mendarat di Kelantan yang berlangsung pada 22 hingga 30 September 2023 di Kompleks Balai Islam Kelantan di Lundang, Kubang Kerian. Pesta buku ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dengan kerjasama Kedai Buku Banggol. Ini dikatakan negeri ini ramai yang melahirkan ilmu yang lebih tinggi kerana adanya pesta buku selain diadakan pesta buku Kelantan.
Lalu pada petang Isnin 25 September saya pun hadir sama ke pesta buku tersebut. Dari tempat kerja saya menjenguh ke pesta buku tersebut seterusnya ke stadium untuk menghadiri festival makanan yang mana program itu belum habis lagi yang mana tamat pada 1 Oktober. Ketika itu meruapakan hari lahir adik saya pada tarikh 25 September dan membelikan kek dan beberapa makanan untuk hadiah hari lahir. Sambil-sambil itu berjalan pula di sekitar stadium kemudian terlihat masjid unik ini. Lihat artikel Surau Stadium Kota Bharu di blogspot Jom ke Masjid.
Ini pula sekali lagi saya dapat ke program pesta tersebut walaupun ini merupakan kali pertama ke pesta buku peringkat negeri Pantai Timur.
Kemudian saya berlegar-legar ke sudut pameran dan jualan buku. Memang agak meriahlah Pesta Buku Pantai Timur kali ini. Hampir sama dengan pesta buku Kelantan, namun diadakan lebih awal dalam setiap tahun.
No comments:
Post a Comment