Thursday, 19 October 2023

Dari Pendek ke Tok Bali hujung September 2023

Adapun diceritakan dalam artikel Pesta buku Pantai Timur 2023 pada Ahad lalu. Seterusnya masuk ke perjalanan terbaru yang diceritakan pada hujung September...





Pagi Khamis 28 September 2023 bersamaan 12 Rabiulawal 1445 Hijriah merupakan tarikh penting umat Islam untuk memperingati kelahiran nabi agung iaitu Nabi Muhammad SAW. Saya dan keluarga dalam keadaan sibuk dalam majlis kenduri di sebelah rumah saya di Pendek, Kota Bharu. 





Beberapa saudara mara, kenalan dan sahabat handai termasuk saudara mara dari Bangi, Selangor berasalkan Kelantan yang turut sama-sama memeriahkan majlis kenduri untuk sepupu perempuan saya. 





Petang Jumaat 29 September saya dan saudara mara dari Bangi pergi ke AEON Mall Kota Bharu, Lembah Sireh. Keadaan ketika itu cuaca hujan lebat. 






Pagi Sabtu 30 September saya dan keluarga bersama saudara mara keluar untuk perjalanan seterusnya. 






Kali terakhir melalui Bukit Peraksi ke Tok Bali iaitu ketika sekitar tahun 2006-2008. Di mana Bukit Peraksi menjadi tempat untuk melihat anak bulan ketika menghampiri Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah. 





Singgah pula di sebuah kampung yang berdekatan dengan Bukit Peraksi yang bernama kampung Sepulau. 





Singgah pun menghadiri satu majlis kenduri untuk pihak lelaki di sana. 






Lebih menarik adalah pemandangan bukit Peraksi yang dapat dilihat dari jalan kampung Sepulau. Letaknya memang berdekatan. Kawasan ini memang cantik dan sesuai untuk melihat suasana matahari terbenam. Seterusnya singgahlah di surau berdekatan. Lihat artikel Surau kampung Sepulau, Cherang Ruku di blogspot Jom ke Masjid






Singgah pula membeli keropok berhampiran dengan sempadan negeri di Tok Bali-Kuala Besut. 





Dari Kuala Besut kami terus ke Tok Bali. Singgah menunaikan solat Zohor di masjid ini. Yang menariknya kubah lama masjid yang asalnya berada di tengah bangunannya. Lihat Lawatan ke-3 masjid mukim Kuala Semerak

Walaupun sekadar perjalanan kecil, jam 3.30 petang sampai ke Kota Bharu. Untuk makluman ini adalah artikel ke-222 di blogspot Nota Untukmu. 




No comments:

Post a Comment

Ke KLIA untuk meniti perjalanan ke umrah

Salam. Merujuk pada artikel  Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu  yang dipersembahkan pada 30 Ok...