Sunday 22 October 2023

Maulid Akbar semperna sambutan Maulidur Rasul 1445H/2023M

Salam semua. Perkongsian ilmu setelah lama tidak bersua...





Antara hantaran dari Facebook atau WhatsApp menyatakan majlid maulid yang dianjurkan oleh pihak pondok Muhammadiah, Beta Hilir, Kota Bharu. Acara Maulid Akbar ini dianjurkan semperna sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1445 Hijriah bersamaan 2023 Masihi pada Isnin 9 Oktober bersamaan 23 Rabiulawal. Antara acara yang menarik seperti perarakan berjalan kaki, perarakan motosikal, majlis maulid, tausiah dan penyampaian hadiah. 





Saya pun turut sama menyertai acara tersebut. Namun saya tidak merakam semasa majlis tersebut. Cuma gambar di atas diambil dari sumber Facebook. Antara panel seperti Ustaz Lukmanul Hakim Mohamed, qari jemputan yang menjadi johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2023M/1445H Ustaz Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, qasidah dari pondok Beta Hilir dan beberapa pondok sekitar. dan beberapa pondok sekitar. Sekian perkongsian untuk kali ini. Untuk maklumat lanjut tentang video boleh tekan pautan di bawah : 



Perarakan Maulidur Rasul




Majlis Maulid Akbar




No comments:

Post a Comment

Dari Pasir Puteh ke Kuala Besut penghujung Jun 2024

Salam 22 Muharram 1446 Hijriah. Ini ada satu lagi perkongsian yang dibuat sebulan lalu.  Pagi Sabtu 29 Jun 2024 bermulalah dengan satu perja...