Friday, 1 March 2019

Dari Melawi ke Tok Bali - Merasai ketenangan jiwa

Salam Jumaat. Baru hari ini sudah masuknya bulan baru dalam kalendar iaitu bulan Mac. Walaupun perkongsian cerita perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina 4-9 Februari 2019 masih lagi diteruskan kalau ada banyak lagi artikel tentang perjalanan itu masih ada. Tetapi biar ada perkongsian daripada minggu lepas...

Petang Jumaat 22 Februari 2019 selepas solat Asar saya pun terus ke Pantai Melawi.

Saya pun dah sampai ke Pantai Melawi di Bachok.




Selepas itu saya pergi ke Tok Bali. Lalu singgah membeli buah tembikai, labu dan tembikai susu di tepian Tok Bali. Antara buah tempatan paling sedap ambo makan. 

Kemudian saya pun makan juga buah tembikai susu di situ.  


Senja itu saya singgah di pekan Tok Bali.


Singgah di pasar borong Tok Bali. Tempat di sinilah masa zaman kanak-kanak dahulu saya dan keluarga singgah.

Sambil-sambil itu kita lihat suasana pemandangan senja di Tok Bali sebelum singgah solat Maghrib di masjid berdekatan Melawi (lihat artikel Masjid Ar-Rahman, Repek, Melawi, Bachok di blogspot Jom ke Masjid).


Wednesday, 27 February 2019

Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Majlis hari lahir di rumah kenalan bapa saudara saya

Setelah sekian lama cerita perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina di Bangi hari itu diketepikan bagi memberi ruang kepada cerita tentang acara merentas desa SMK Kota 2019 dibuat Khamis lalu. Maka bersambunglah daripada artikel Perjalanan sepanjang Tahun Baru Cina - Permulaan perjalanan dengan meredah jalan jammed. Ini adalah hari kedua perjalanan tersebut.

Selasa 5 Februari 2019 (hari pertama Tahun Baru Cina) malam Rabu. Saya bersama bapa saudara saya keluar dari rumahnya untuk majlis hari lahir kenalannya di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi.

Dalam peta Google Maps menunjukkan arah dari rumah tersebut ke rumah kenalannya adalah dalam 100 meter. Tapi saya bersama pergi ke situ.

Selepas makan makanan yang saya dihidang saya sempat pergi ke tandas surau untuk buang air besar. Dah tak tahan!!!. Lihat artikel Surau At-Taqwa, Bandar Baru Bangi di dalam blogspot Jom ke Masjid.

Makan malam hari tersebut saya menghidang pula mee kari.

Kuih muih seperti bambusak, donut, dan nuget juga turut dihidang sebagai alas perut...

Sunday, 24 February 2019

Kejohanan Merentas Desa SMK Kota 2019 - Ucapan penutup oleh PK Pentadbiran dan penyampaian hadiah

Bersambung daripada Kejohanan Merentas Desa SMK Kota 2019 - Senamrobik dan acara larian di sekitar Pintu Geng dan Taman Guru...

Pada jam 11 pagi selepas rehat, semua peserta merentas desa diminta ke Dewan Kota Jelasin untuk ucapan penutupan dan penyampaian hadiah kepada peserta yang menang.

Mengalu-alukan ketibaan yang berusaha baisan para pentadbir termasuk PK Pentadbiran yang merangkap Pengetua SMK Kota, Hisham Haji Ahmed, PK HEM Rosli Abdul Rajab, PK Kokurikulum Pauzi Mohammad, PK Tingkatan 6, Nooraini Awang dan PK Pendidikan Khas Hamzah Abdullah Kutty.

Selepas bacaan doa daripada salah seorang pelajar Tingkatan 6 Atas, Ahmad Marzuki Mohd Saufi, ucapan ini dimulakan dengan ucapan penutup semperna Kejohanan Merentas Desa SMK Kota 2019 oleh PK Pentadbiran yang merangkap Pengetua SMK Kota Hisham Haji Ahmed. Syukur Alhamdulillah tiada lagi kejadian yang tidak diingini semasa kejohanan merentas desa tersebut. Walaupun peserta merentas sejauh di sekitar Wakaf Che Yeh, Taman Guru, Pintu Geng dan Kota dengan berjalan secara solo. Tidak lupa juga beliau ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sudi meluangkan masa untuk menyertai merentas desa di sekolah tersebut. Selepas ucapan beliau juga merasmikan penutupan kejohanan merentas desa peringkat sekolah tersebut.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang dimulakan dari kategori pelajar Pendidikan Khas. Penyampaian hadiah ini disokong oleh PK Pendidikan Khas Hamzah Abdullah Kutty.

Selepas itu penyampaian hadiah kepada pemenang adalah bagi kategori terbuka lelaki dan perempuan.

Selepas itu diteruskan lagi bagi kategori lelaki (A, B dan C) dan perempuan (A, B dan C).




Penyampaian diteruskan lagi adalah bagi rumah sukan Laksamana, Temenggong, Bendahara dan Panglima.

Naib juara bagi rumah sukan dalam acara tersebut ialah pasukan rumah sukan Temenggong.

Dan juara bagi acara merentas desa ialah Laksamana. Tahniah kepada para pasukan rumah sukan Laksamana telah meraih juara bagi rumah sukan. Kepada korang yang tak berjaya pada tahun ini InsyaAllah di hari lain dan seterusnya. Tahniah kepada korang yang dapat mengharumkan nama sekolah sebagai SMK Kota Sekolah Transformasi 2019. Cukuplah perkongsian korang.

Ringkasan hari raya Aidil Adha 1447 Hijriah

Adapun saya telah mempersembahkan artikel ke-323 dalam Nota Untukmu iaitu  Impian 'laptop' baru dan daripada minggu lalu  22 Mei lal...