Thursday, 23 January 2020

Meredah hujan lebat di pantai Bachok

Salam petang Khamis 28 Jamadilawal 1441H. Dalam artikel Perjalanan akhir tahun 2019 - Berjumaat di Pusat Bandar Hicom yang dikirim Jumaat lepas tentang perjalanan hari ke-3 perjalanan baru-baru ini di Kuala Lumpur. Selepas itu 4 hari 3 malam sudah bermalam di Shah Alam. Hari Jumaat itu berkesempatan menunaikan solat Jumaat di situ. Masih banyak lagi gambar-gambar yang belum diselesaikan semasa perjalanan hujung tahun lepas. Untuk pengetahuan korang, antara artikel yang diselesaikan semasa perjalanan tersebut seperti : 



Tetapi cerita perjalanan baru-baru ini pula telah diketepikan lagi. Kita terus 'wak segar angin sikit' perjalanan kecil hujung minggu lepas. 

Perjalanan kecil telah dibuat selepas solat Jumaat kemudian terus keluar berseorangan diri pada petang Jumaat 17 Januari 2020. Dari rumah saya di Pendek, Kota Bharu saya terus ke Pantai Senok, Bachok untuk membeli ikan. Tetapi hanya ikan kering sahaja dijual. 

Ketika dalam perjalanan itu hujan lebat, tetapi terpaksa membatalkan perjalanan tersebut. Seterusnya saya sampai di Pantai Kubang Golok.

Dari Kubang Golok saya terus pergi ke Pantai Irama Bachok. Berhajatnya saya nak berkelah di situ sebabnya banyak barang makanan yang berada dalam but kereta walaupun dalam keadaan hujan lebat. 

Singgah sat di kedai hardware baru dibuka di Kedai Baru, Banggu, Kota Bharu sebelum sampai ke rumah.

Ketika sampai di kedai hardware itu hujan lebat berhenti. Sambil-sambil itu juga saya terus melihat pemandangan sawah padi dari kedai hardware. 

Monday, 20 January 2020

Kasih sayang - Prihatin terhadap jiran

Salam malam Isnin 26 Jamadilawal 1441 H. Ada sedikit perkongsian daripada satu perhimpunan rasmi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota, Kota Bharu, Kelantan Isnin lepas. 

Isnin lepas 13 Januari 2020 ada satu perhimpunan rasmi sekolah di Dewan Kota Jelasin di SMK Kota. Setiap hari Isnin tiap-tiap kali diadakan perhimpunan rasmi sekolah. 

Ketika masuk ke dewan tersebut Cikgu Suhaimi Sulaiman memberikan syarahan berkaitan jiran. Jiran adalah antara dimasukkan dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Apa itu jiran? Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah atau tinggal setempat (kawasan kejiranan). Bagi penduduk setempat negeri Melaka, jiran boleh juga bermaksud sekumpulan masyarakat yang duduk berjauhan tetapi masih berhubung di dalam situasi tertentu.

Kalau dekat rumah saya mesti ada jiran. Jiran saya kebanyakannya terdiri daripada bapa saudara, ibu saudara, datuk saudara, nenek saudara dan sepupu yang betul-betul tinggal bersebelahan rumah saya. Rasanya jiran bersebelahan rumah saya kebanyakannya dihuni oleh bangsa Melayu Islam yang berasal dari Kelantan. 

Berdasarkan kepada hadith Rasulullah SAW menunjukkan bahawa walaupun jarak daripada rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai jiran tetangga. Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas, jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita.

Dari aspek penyampaian jiran tetangga mempunyai kepentingan prihatin terhadap penderitaan terhadap orang lain. Contohnya jiran kita mempunyai masalah kemiskinan, ditimpa kesakitan dan bantu-membantu. 

Dalam kandungan teks, antara idea yang boleh dikongsikan dengan jiran tetangga seperti rasa simpati terhadap kesukaran orang lain. Misalnya kita boleh membantu jiran kita yang uzur dan sakit. Perkongsian kedua ialah peranan jiran dan masyarakat dalam menangani masalah sosial. Zaman sekarang masalah sosial kerap berlaku ketika ini. Contohnya berlaku peningkatan kes dadah dan sebagainya. 

Antara fokus yang diberi semasa syarahan ialah peka dengan situasi di kawasan perumahan dan persekitaran. Kebakaran dan banjir kerap berlaku di kawasan perumahan. Hujung tahun 2014 Kelantan telah digenangi oleh banjir besar dikenali sebagai 'Bah Kuning' telah menyebabkan ramai penduduk dipindahkan. Yang kedua ialah sikap suka membantu dan bertolak-ansur dalam komuniti. Kita boleh membantu jiran menghadapi kesusahan misalnya dalam keadaan kemiskinan. Tolong yang itu, tolong yang ini. 

Saranan yang dilakukan oleh jiran tetangga seperti memupuk sikap prihatin dalam pencegahan kes-kes penderitaan mental, seksual dan pengabaian. Ketika ini kes-kes berkenaan banyak berlaku. Seperti kes penderaan kanak-kanak, buli, pembuangan anak dan sebagainya. Saranan yang kedua ialah berbuat baik dan menolong orang yang memerlukan bantuan. Kita sepatutnya boleh menolong jiran apabila berada dalam kecemasan, kemiskinan, kesusahan dan apa-apa jua keadaan. Contohnya membantu jiran kita dalam keadaan sakit tenat dan menyelamatkan barang-barang keperluan daripada kebakaran rumah. Saranan yang baik terhadap jiran tetangga seperti berani memaklumkan kes penderitaan yang dialami sama ada rakan dan keluarga. Contohnya jiran kita berani memaklumkan masalah yang dialami oleh keluarga kita telah ditimpa masalah kemiskinan. Saranan terakhir ialah menyertai program khidmat masyarakat, kesukarelawan atau Rakan Cop. Menyertai program tersebut bukan sahaja untuk membina negara malah membentuk negara yang lebih sejahtera. Contohnya jiran kita mengajak untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dapat membetuk masa depan belia yang berwawasan dan mempunyai nilai jati diri tinggi. Cukuplah perkongsian daripada majlis ilmu pertama untuk tahun 2020 di mana-mana tempat. 

Ringkasan hari raya Aidil Adha 1447 Hijriah

Adapun saya telah mempersembahkan artikel ke-323 dalam Nota Untukmu iaitu  Impian 'laptop' baru dan daripada minggu lalu  22 Mei lal...