Monday, 1 June 2026

Ringkasan hari raya Aidil Adha 1447 Hijriah

Adapun saya telah mempersembahkan artikel ke-323 dalam Nota Untukmu iaitu Impian 'laptop' baru dan daripada minggu lalu 22 Mei lalu. Yang ini cerita terbaharu dijalankan dalam beberapa hari lalu. 




Masjid Mukim Pendek, Kota Bharu pada pagi hari raya Aidil Adha bagi tahun 1447 Hijriah iaitu hari Rabu 27 Mei 2026. 





Kami menunaikan solat sunat Aidil Adha bersama. 





Selesai solat kami menemu bual bersama YB Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Tn. Hj. Saizol Ismail tentang perkembangan kampung sendiri dan sekitarnya. 




Malam pula ke rumah abang bapa di Jalan Bayam untuk bergotong-royong memasak daging semperna kenduri tahlil keesokannya, Khamis 28 Mei. 




Khamis itu juga diadakan majlis kenduri tahlil di Gaung, Pendek. Seterusnya pada sebelah petang pergi pula rumah abang bapa di Jalan Bayam. 




Jumaat 29 Mei bersamaan malam 13 Zulhijjah kami keluar ke majlis kenduri perkahwinan waris sebelah ibu di dewan majlis di Kubang Bongor, Melor. 









Tengah hari Sabtu 30 Mei terus ke rumah sepupu belah bapa di Kampung Tini, Pasir Hor. 








Diadakan pula menyambut dua pasangan sejoli antara sepupu perempuan dan anak lelaki sepupu belah bapa. Gambar bermula dari atas hari itu juga diadakan persembahan Dikir Barat yang menampilkan artis tersohor iaitu Amran DBA, Fadil Turbo, Yed Kelana dan Mail Anak Kala. Tidak sempat mengambil gambar silat kerana kami baru hadir ke majlis jam 2.30. Maka inilah artikel ke-324 di blogspot Nota Untukmu. 



Friday, 22 May 2026

Impian 'laptop' baru dan daripada minggu lalu

Salam. Daripada minggu lalu...




Tengah hari Selasa 12 Mei 2026. Saya membawa bersama saudara mara daripada Bangi untuk singgah di rumah urut di Pantai Melawi, Bachok. 




Sebelum itu singgah di Pantai Baru, kemudian meneruskan perjalanan ke Bachok. 





Jam 4.15 singgahlah di Kemasin. 




Kemudian singgah di pantai Impian. 




Sekali pandang semakin banyak perubahan yang dijalankan di kawasan ini. 




Jika dibandingkan dengan dahulu yang dibuat setahun lalu. Lihat artikel lama Aktiviti awal Mei 2025 - Ke beberapa tempat di Bachok termasuk tempat viral












Pagi Sabtu 16 Mei ada satu majlis kenduri waris di Kadok. Dahulu asal rumah ini berada di Pendek yang menjadi milik tanah kerajaan untuk tujuan pembangunan. 








Jam sekitar 3 petang laptop yang dipesan di Shopee akhirnya sudah sampai. Rasanya ini bagi menggantikan laptop terdahulu yang terpakai sudah tidak dapat mengemaskini sistem operasi (OS) terbaharu. Laptop ini memang jenama baru cuma saya lihat ulasan harap berfungsi dengan baik. 



Tuesday, 12 May 2026

Kisah masa yang lalu di pesta buku Kelantan

Salam. Sedikit cerita daripada 3 minggu lalu, namun ada satu acara penting. 




Petang Khamis 30 April 2026 saya ke Mydin Mall Tunjong. Pesta Buku Kelantan 2026 berlangsung pada 23 April baru ini. Saya masuk ini ketika itu 8 hari sebelum berakhir pada 2 Mei. Sebaik sahaja selepas pulang dari tempat kerja singgah di tempat ini. 





Mengikut sejarah saya, pertama kali memasuki pesta buku ini sejak tahun 2007. Ketika itu saya darjah satu. Kemudian, berkali-kali masuk pada tahun 2008, 2009 dan 2013. Namun, setelah blogspot diperkenal, banyak acara yang diadakan pesta buku ini. Lihat artikel lama berikut : 










Tahun lalu saya masuk ketika itu jari saya kudung. Baru lepas menerima rawatan jari yang salah satu hilang. Alhamdulillah semakin pulih pada Jun tahun lalu. 









Seperti biasa saya hanya pengunjung biasa sahaja. Cuma memasang niat untuk memasuki pesta buku meskipun diadakan setiap tahun. 




Kemeriahan ini memang tetap terasa. Kebanyakan adalah dari sekolah kawasan negeri Kelantan ini sepertimana dirancang oleh pihak sekolah tersebut. 









Sejak tahun 2007 saya berkunjung ke pesta buku semata-mata untuk membeli buku pelancongan, sejarah masjid dan sebagainya. 



Saturday, 2 May 2026

Menyambut panggilan haji di Terengganu

Salam semua. Minggu lalu saya dan keluarga membuat perjalanan ke Terengganu. Ada sedikit cerita. 




Perjalanan secara rasminya bermula pagi Sabtu 25 April 2026 apabila dari Lebuh Raya Kuala Krai menuju ke Pasir Puteh. 




Dari Besut menghala ke Pantai Penarik. Singgah sarapan di Pantai Rhu Sepuluh. 




Singgah membeli keropok di Merang. 




Jam 11.15 sudah sampai di pantai Miami, Seberang Takir. Sebelum sampai ke bandar raya singgah di beberapa tempat yang kelihatan. Lihat artikel berikut : 





Kemudian terus memasuki jambatan angkat ke bandar raya Kuala Terengganu. 




Singgah berhadapan dengan istana Maziah. Lebih 4 bulan lalu saya menginap di hotel ini. Menariknya terdapat tangga beralun yang boleh mengingatkan cerita zaman dahulu. Lihat artikel lama Tahun baharu 2026 di Terengganu - Bas percuma dan perairan di sekitar bandar




Singgah di Pasar Payang. 









Jam 12.52 sudah sampai di lapangan terbang Sultan Mahmud. Rasanya sudah kali pertama sudah sampai di sini. 





Sangat tertarik dengan ukiran menarik ini di kawasan kolam. 




Alhamdulillah dapat bersama dengan waris dan saudara mara yang adanya datang dari Lanchang, Jengka dan Kemaman. Tahun ini menunaikan haji bersama ialah dari sepupu bapa dari Kemaman. 

Sebelum ini artikel Cerita Aidil Fitri 1447/2026 - Kembali ke Kelantan dengan memasuki Jeli yang dikeluarkan 16 April lalu. Adanya menceritakan pada asalnya kami mahu merancang untuk kembali ke Kelantan dengan menggunakan Lebuh Raya Pantai Timur untuk beraya di beberapa tempat di Pahang dan Terengganu lalu bermalam selama semalaman. Tapi apabila adik saya tahun ini sedang bersiap sedia menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mengadakan kelas online pada 28 Mac baru ini. Namun bertukarlah rancangan balik ke Kelantan untuk sampai ke Jeli. Sekarang kali ini barulah cerita hasrat yang terbatal baru ini. 




Lalu merakam gambar bersama. 








Singgah menjamakkan Zohor/Asar di surau bersebelahan. Lihat Surau lapangan terbang Sultan Mahmud









Berdekatan kedai makan lapangan terbang itu terdapat satu perkataan yang popular namun ejaan lain di negeri itu. ICT merujuk kepada 'infomation & communication technologies' kemudian perkataan Terengganu ditukar menjadi Ikan Celup Tepung, manakala KLCC merujuk kepada Kuala Lumpur City Centre kemudian menjadi Keropok Lekor Cicoh Colek. 




Melepasi sempadan daerah Kuala Nerus - Setiu singgah di surau yang mempunyai keunikan tersendiri. Lihat Surau Langgar Rindu





Singgah di pantai Rhu Sepuluh, Penarik lalu pekena masakan panas. 





Menikmati angin di pinggir pantai...





Diteruskan lagi perjalanan dari Penarik ke Tok Bali untuk sampai ke Kelantan. Setibanya waktu Maghrib singgah di masjid ini. Lihat Masjid lama Pauh Lima dan juga Masjid baru Pauh Lima




Kemudian singgah di rumah ibu saya di Tembesu Limbat untuk mengambil ketupat yang telah siap sebelum dibawa hantar ke Selangor. 





Sampai ke rumah jam 9.40 malam mendapati kami memandu sejauh 322 km.