Saturday, 4 April 2026

Cerita Aidil Fitri 1447/2026 - Perjalanan terbaharu yang tertunda lebih sebulan lalu

Salam 15 Syawal 1447 Hijriah. Baru ini saya dan keluarga telah melakukan satu perjalanan baru di beberapa buah negeri. Dan berada di sana selama 5 hari 5 malam dengan menaiki kenderaan sendiri. 

Pada asalnya pada Tahun Baru Cina baru ini merancang untuk ke Lembah Klang untuk menziarahi kakak bapa saya sedang sakit di rumah. Tapi apabila menghampiri masuk bulan Ramadan sibuk mengemas dan bergotong-royong membersihkan masjid sebagai bersiap sedia untuk memasuki bulan Ramadan yang dijangka pada selepas Tahun Baru Cina itu, iaitu hari Khamis 19 Februari 2026. Baiklah, sekarang tanpa membuang masa kita mulakan perkongsian ini. 




Merujuk pada artikel Cerita Aidil Fitri 1447/2026 - Raya pertama di Kelantan yang dipersembahkan 12 Syawal lalu. Adapun raya pertama masih berada di Kelantan. Lalu esoknya raya ke-2, Ahad 22 Mac barulah perjalanan bermula apabila kami meninggalkan rumah jam 8.00 pagi lalu memasuki jalan Dewan Beta ke Machang. Terlihat gambar di atas menunjukkan kami melalui jambatan yang baru dibuka lebih 1-2 bulan lalu di sempadan daerah antara Kota Bharu dan Machang di Kemubu. 





Jam 9.50 sudah melepasi sempadan jajahan (daerah) Gua Musang. Berhenti rehat dan makan di hentian pertama Gua Musang. 





Bapa saya sepatutnya merancang pada cuti Tahun Baru Cina baru ini untuk ke Lembah Klang. Itupun menghampiri bulan Ramadan. Kali ini baru memulakan perjalanan setelah lebih sebulan tertangguh. 





Dari Gua Musang ke Raub terus melakukan perjalanan. Seterusnya kami terus memasuki laluan lama Raub ke Bentong tanpa memasuki Central Spine Road (CSR). Yang mana suatu masa dahulu laluan utama perantauan Kelantan untuk berulang alik ke negeri tersebut. Gambar ini diambil jam 2 petang. Kali terakhir menggunakan laluan ini ialah lebih 3 tahun lalu. Ketika itu CSR antara UiTM Raub dan Raub ke-2 belum siap. Lihat artikel lama Kenduri besar di Bukit Kiara - Bermalam di dua tempat sebelum berakhir perjalanan

Kemudian menggunakan CSR yang baru siap dan dibuka ialah hampir 2 tahun lalu. Lihat artikel lama Misi kenduri ke negeri Hang Tuah 2024 - Membuka siri dengan satu perjalanan





Sampai ke bandar Bentong singgah di masjid ini. Lihat artikel Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong di blogspot Alam Melayu dan Islam





Perjalanan diteruskan lagi melepasi bandar Bentong untuk sampai ke Lebuh Raya Karak. Kali terakhir memasuki bandar Bentong iaitu 6-7 tahun lalu. Lihat artikel lama berikut :







Selepas Plaza Tol Gombak kami menggunakan laluan MRR2 di Gombak untuk menghala ke Bangi. 





Jam 6.07 dipendekkan cerita kami telah sampai di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi. Hilanglah sudah sedikit kepenatan setelah berjalan jauh sekitar 455 km. 



Wednesday, 1 April 2026

Cerita Aidil Fitri 1447/2026 - Raya pertama di Kelantan

Salam 12 Syawal 1447 Hijriah. Hari inilah saya dan keluarga melaksanakan puasa enam hari dalam bulan Syawal dan kini memasuki hari ke-4. Dan berkesempatan jugalah kami ingin mengucapkan selamat hari raya Aidil Fitri. Maaf, zahir dan batin. Merujuk pada artikel Cerita Ramadan 1447/2026 yang dipersembahkan malam Jumaat 30 Ramadhan. Sekarang barulah memulakan perkongsian tentang raya baru ini. 




Pagi Sabtu 21 Mac 2026 bersamaan 1 Syawal. Menunaikan solat sunat hari raya di masjid mukim Pendek yang terletak 300 meter dari rumah saya. 










Tema baju raya 2026. 





Selepas solat, beraya di rumah nenek saudara belah bapa di kampung Keling, Limbat. 





Selepas pulang daripada itu, tiba-tiba ada sebuah kereta yang rosak dan tersadai di Tiong lalu meminta tolong untuk menarik kereta berkenaan. 





Seterusnya beraya di rumah abang bapa saya di Paya Rambai, Jalan Bayam. 






Tengah hari pula beraya di rumah kakak bapa saya di Gaung, Pendek. 





Bersolat zohor di surau berdekatan kemudian singgah lagi beraya di Batu 4, Jalan Kuala Krai. Itu sahaja.