Saturday, 11 April 2026

Cerita Aidil Fitri 1447/2026 - Ke Muar setelah 14 tahun

Salam. Memasuki hari ke-4 perjalanan ke Lembah Klang dan selatan. Bersambung daripada Cerita Aidil Fitri 1447/2026 - Dari Bangi ke Melaka




Pagi Rabu 25 Mac 2026. Bergerak keluar dari Melaka. 





Sampai ke sempadan Johor dengan menggunakan Lebuh AMJ. Gambar di atas menunjukkan jambatan ikonik di Muar. Kali terakhir sampai di sini iaitu awal tahun 2012, kira-kira 14 tahun lalu. Ketika itu kami melalui dengan bas ke Johor sehingga Kelantan. 





Ambil sekali lagi laluan dari Muar mengelilingi ladang kelapa sawit. 





Jam 12.27 sampai ke Parit Salam di Semerah. 





Lalu singgah di rumah waris kakak bapa. 




Dari Semerah menuju kembali ke Muar. Singgah di masjid yang kelihatan. Lihat artikel Masjid Sungai Gersik, Sungai Balang, Muar di blogspot Alam Melayu dan Islam





Melepasi 26 km dari sempadan Melaka singgah stesen minyak di Semabok. 




Singgah membeli barangan perkakasan kerja berhampiran Batu Berendam. 




Selepas melepaskan kepenatan berjalan jauh beriadah di kawasan padang berhampiran. 





Lalu menikmati makan petang. Untuk makluman ini adalah artikel ke-314 di blogspot Nota Untukmu ini. 




Wednesday, 8 April 2026

Cerita Aidil Fitri 1447/2026 - Dari Bangi ke Melaka

Salam. Pergi pada hari ke-3 perjalanan ke Lembah Klang dan selatan. Bersambung daripada artikel Cerita Aidil Fitri 1447/2026 - Ziarah di sekitar Bangi dan Teras Jernang




Pagi Selasa 24 Mac 2026. Setelah bermalam 2 hari di Bangi, kami meneruskan perjalanan ke arah selatan dengan menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS). 





Berhenti rehat sekejap di hentian Ayer Keroh jam 1.23 tengah hari. 





Perjalanan diteruskan lagi menyusur masuk ke Melaka menggunakan simpang masuk Ayer Keroh. 




Jam 2.15 baru sampai ke rumah kakak bapa saya sendiri di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam. 





Di satu sudut bilik terdapat juga simpanan majalah legend yang masih dalam ingatan dalam era 90-an dan 2000-an. Saya meminati majalah Ujang. Majalah ini yang saya jumpa. Selain majalah legend, masih dalam ingatan ialah Kampung Boy. 





Petang pula kakak bapa mengajak singgah di Super Cowboy di Cheng. 









Selepas itu ke Lotus's, letaknya 4 km dari pasaraya tadi. 










Kelihatan dari atas keadaan pada waktu maghrib. 





Terasa keletihan menikmati aiskrim yang sensasi masa kini. Kemudian singgah bersolat di masjid berdekatan rumah itu untuk bersolat Jamak Maghrib dan Isyak. 





Selepas makan, meneruskan lagi perjalanan ke bandar Melaka. 





Berhenti di Melaka Sentral untuk melihat tarikan baharu. Dahulu asal adalah jejantas biasa yang kini diperbaharui. 





Lihat artikel Jejantas Tun Teja di blogspot Alam Melayu dan Islam





Kelihatan pada gambar yang saya rakam ia seakan-akan Saloma Link. 




Perjalanan diteruskan lagi ke Pengkalan Rama. 





Singgah di Melaka River Cruise di Taman Rempah. Keadaan ketika itu jam 10.53 malam. Ketika ini tidak terlalu ramai kerana di sana bukan cuti hujung minggu. 






Kedudukannya tidak jauh dari Kampung Morten. 





Hajatnya mahu melawat Kampung Morten, cuma cukuplah melawat kawasan ini kerana waktu sudah menghampiri lewat malam. 



Sunday, 5 April 2026

Cerita Aidil Fitri 1447/2026 - Ziarah di sekitar Bangi dan Teras Jernang

Salam pertengahan Syawal 1447 Hijriah. Masih lagi dalam mood untuk memeriahkan raya. Perkongsian seterusnya adalah pergi pada hari ke-2 perjalanan Lembah Klang dan selatan. Bersambung daripada artikel Cerita Aidil Fitri 1447/2026 - Perjalanan terbaharu yang tertunda lebih sebulan lalu




Isnin 23 Mac 2026 bersamaan 3 Syawal. Suasana solat maghrib di Surau Al-Falah, Bandar Baru Bangi. 





Selepas solat, kakak bapa saya itu mengajak kami terus melakukan perjalanan ke Teras Jernang. 





Menziarahi rumah sepupu kepada kakak bapa saya di Teras Jernang untuk menghadiri rumah terbuka. 













Seterusnya menziarahi lagi rumah satu lagi waris yang terletak bersebelahan.