Friday 3 September 2021

Sambutan Ambang Kemerdekaan 2021 SMK Kota

Salam Jumaat. Sudah lebih 3 bulan tidak mengemaskinikan blogpot setelah saya membuat posting artikel yang ke-137 dan ke-138 masing-masing dibuat pada bulan Jun lepas iaitu Kenangan PT3 2015 di SMK Kota - Bahagian 1 dan Kenangan PT3 2015 di SMK Kota - Bahagian 2




Majlis Sambutan Ambang Kemerdekaan SMK Kota diadakan pada 30 Ogos 2021 hari Isnin diadakan melalui pautan Google Meet dan Facebook Live pada jam 11.00 malam. Selaras dengan tema sepertimana disambut pada tahun lepas, iaitu Malaysia Prihatin. Sambutan ini diadakan dalam norma baharu susulan penularan wabak COVID-19 yang tidak menentu ini. Program ini bertujuan bagi membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya warga SMK Kota dan kalangan rakyat Kelantan sendiri. 

Nilai yang dipupuk semasa hari kemerdekaan iaitu ; 

1. memupuk semangat patriotisme dalam diri

2. membentuk jati diri dan semangat juang yang tinggi dalam mempertahankan negara

3. mempuk semangat cintakan negara dan hidup bersatu padu bagi memajukan negara






Majlis dimulakan dengan alunan bacaan Surah Yasin dipimpin oleh Ahmad Anas, manakala bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Zaid Yaacob. 





Bermula dengan ucapan oleh Tuan Pengetua SMK Kota, Tuan Haji Shamsul Bahari bin Jaafar. Tentatif ucapan tersebut tentang nasihat dan penjagaan keselamatan kepada pelajar SMK Kota, khususnya berdepan dengan situasi semasa penularan wabak COVID-19. Pelbagai anjuran diadakan walaupun diadakan dalam keadaan norma baharu. Susulan wabak COVID-19 yang masih melanda entah bila berakhirnya wabak berbahaya tersebut. Khususnya penyebaran varian Delta yang sangat bahaya sehingga menular ke kawasan komuniti dan menyebabkan kes COVID-19 di Malaysia meningkat lebih 100,000 kes. Untuk menjaga keselamatan pastikan semua divaksinasi khususnya yang lengkap dua dos suntikan vaksin supaya kita semua dilindungi daripada wabak COVID-19. Seterusnya diakhiri dengan ucapan perasmian sambutan Ambang Kemerdekaan SMK Kota. 











Selepas ucapan daripada tuan YDP PIBG SMK Kota dan rakan elit TS25, seterusnya saya menonton tayangan video mengenai ucapan hari kemerdekaan oleh barisan pentadbir, guru dan pelajar SMK Kota. 





Seterusnya dinyanyikan dengan lagu-lagu patriotik yang lama iaitu Lagenda Malaya, Warisan dan Tanggal 31 Ogos. Seterusnya ditayangkan lagi video patriotik mengenai kemerdekaan dan era Malaysia bertajuk 63 Lambang Kemerdekaan. 





Akir sekali, laungan Merdeka dilaungkan dan persembahan bunga api yang begitu memukau. 





Untuk mengetahui video tentang sambutan Ambang Kemerdekaan boleh tekan link di bawah : 


Bahagian 1




Bahagian 2




Ucapan Merdeka dari warga SMK Kota




Video penuh tentang Sambutan Ambang Kemerdekaan SMK Kota





Dari Pasir Puteh ke Kuala Besut penghujung Jun 2024

Salam 22 Muharram 1446 Hijriah. Ini ada satu lagi perkongsian yang dibuat sebulan lalu.  Pagi Sabtu 29 Jun 2024 bermulalah dengan satu perja...