Tuesday, 25 October 2022

Misi konvo keluarga

Baiklah. Sampai masa ketika ini untuk mempersembahkan artikel kompilasi bagi perjalanan di Terengganu baru-baru ini. 




Perjalanan dilakukan pada 14-15 Oktober 2022 bersama keluarga dan saudara mara bersebelahan rumah. Pada hari pertama perjalanan ada berlaku kes sesat jalan di Banggol Donas. Pada masa yang sama seterusnya pada malam itu juga walaupun dalam keadaan hujan lebat tidak menentu kami tetap ke jambatan angkat Seberang Takir. Dalam pada itu majlis konvokensyen sepupu diadakan pada 15 Oktober di Taman Tamadun Islam. Perjalanan ini secara keseluruhan jarak ialah 342 km. 



Saturday, 22 October 2022

Misi konvo keluarga - Berkonvo di Taman Tamadun Islam sambil berpusing-pusing di sekitar bandar

Diteruskan kepada hari ke-2 yang juga terakhir perjalanan ke Terengganu. Bersambung daripada artikel Misi konvo keluarga - Antara Tok Bali dan Kuala Terengganu dengan dugaan tersesat jalan




Pagi Sabtu 15 Oktober 2022. Ambil suasana di Taman Tamadun Islam di kawasan tasik. 




Kami bermalam di hotel berdekatan disebabkan ketika ini ada majlis konvokesyen sepupu saya. 





Pada masa yang sama juga diadakan majlis zikir wanita yang diadakan di Masjid Kristal. Sambil-sambil itu kami melihat sekeliling kawasan Taman Tamadun Islam. Lihat artikel berikut di blogspot Jom ke Masjid : 









Kami keluar ke bandaraya Kuala Terengganu jam 11.05 pagi demi mencari keropok losong. 




Singgah pula sekali lagi di pasar berhampiran Losong Mat Hussin. Betul-betul berhampiran dengan surau. Lihat Surau Losong Megat Hussin




Seterusnya singgah sekali lagi ke pasar Payang...





Seterusnya singgah pula ke pantai Batu Buruk. Lebih kurang 2 km dari bandaraya Kuala Terengganu. Cuma kali ini menyimpan hajat untuk sampai ke kawasan ini. 





Ambil angin di kawasan ini sambil berehat. 





Diteruskan lagi perjalanan dengan melalui jambatan angkat di Seberang Takir. 




Perjalanan diteruskan lagi dengan mengambil jalan berdekatan pantai Batu Rakit dan memasuki sempadan Kelantan dengan melalui Kuala Besut. 




Ambil angin di kawasan ini lalu singgah di masjid ini. Lihat Masjid Mengabang Telipot waktu siang













Jam 6.35 iaitu ketika menjelang maghrib baru sampai rumah. Meter menunjukkan jarak keseluruhan perjalanan ialah 342 km. 



Monday, 17 October 2022

Misi konvo keluarga - Antara Tok Bali dan Kuala Terengganu dengan dugaan tersesat jalan

Salam. Merujuk artikel perjalanan kecil ke Terengganu awal Oktober 2022 dibuat pada 2 minggu lepas ada disebut bahawa sebelum ini dibuat perjalanan ke Terengganu, tetapi masa itu saya menghantar sepupu ke sekolah sains di Gong Badak. Cuma kali ini juga dikongsikan cerita tentang perjalanan ke Terengganu buat kali ke-2 untuk bulan Oktober. 



Perjalanan bermula pagi Jumaat 14 Oktober 2022 apabila saya dan keluarga mula meninggalkan rumah dari Pendek jam 10.05 pagi. Ini kerana barangan kelengkapan sudah diisi untuk bermalam semalaman disebabkan esoknya ada majlis konvokesyen sepupu yang juga jiran saya di Taman Tamadun Islam. 




Dari Jelawat mengambil laluan Beris Lalang untuk ke Tok Bali. 




Singgah di masjid ini yang letaknya berdekatan Tok Bali. Lihat artikel Lawatan baru ke masjid mukim Kuala Semerak di blogspot Jom ke Masjid




Jam 12.04 diteruskan lagi perjalanan dengan melalui laluan Kuala Besut untuk ke Kuala Terengganu. 




Singgah pula menunaikan solat Jumaat di masjid ini dan nampaknya jam 12.50 sudah bersiap siaga untuk bersolat. Lihat Masjid As-Salam, Batu Rakit




Dari Gong Badak diteruskan lagi perjalanan untuk ke Pantai Teluk Ketapang. 








Santai pula di pantai Teluk Ketapang yang mana letaknya 7 km ke jambatan angkat. 




Perjalanan diteruskan lagi ke jalan lama Kuala Terengganu untuk masuk ke bandar. Tapi tersesat di jalan kampung di Banggol Donas. 








Sampai di Taman Tamadun Islam terus menghentikan lagi kereta untuk menghubungi saudara mara untuk mengetahui hotel di mana mereka duduk. 








Selepas itu berehat di hotel berdekatan Taman Tamadun Islam. Kali ini baru merasa bermalam bersama berada di hotel. Kali terakhir bermalam di hotel pada tahun 2015 ketika itu saya pergi ke konvokesyen ibu saudara di Gong Badak. 




Jam 7.52 malam selepas mandi, tukar pakaian dan solat, bergerak pula ke jambatan angkat kira-kira 10 km dari hotel. 




Keadaan cuaca di sana ketika itu hujan lebat...








Sampai di perkarangan singgah cari makan di foodtruck




Sepatutnya kami mahu makan di sini, tetapi disebabkan cuaca tidak menentu ini terpaksa makan bungkus. Terutama ketika bulan ini memasuki musim banjir. 



Tuesday, 4 October 2022

Perjalanan kecil ke Terengganu awal Oktober 2022

Salam 6 Rabiul Awal 1444H. Merujuk kepada artikel Berjumpa guru-guru lama sekolah menengah di RTC yang dipersembahkan Ahad lepas. Adapun artikel disebut bahawa sebelumnya saya berjumpa dengan guru-guru yang pernah mengajar di sekolah menengah saya mula. Selepas itu tengah hari Sabtu 1 Oktober 2022 saya terus berjalan-jalan ke sekitar Terengganu. 



Selepas solat Zohor di rumah barulah boleh bertolak. 




Pernah 2 kali jambatan Kuala Besut tidak boleh dilalui akibat projek pembaikian. Cuma jambatan ini telah dibuka kepada awam beberapa bulan lalu dan kali ini melalui laluan ini. Lihat artikel berikut : 






Jam 4.38 baru sampai ke sekolah menengah sains di Gong Badak dan disinilah tempat sepupu hantar pulang ke asrama disebabkan keesokannya bersekolah. 




Terus masuk ke bandaraya Kuala Terengganu dengan melalui jambatan angkat. Saya rasa kelihatan ada perarakan motosikal pada masa itu. Katanya dibuat di Stadium Gong Badak. Patut pun ramai orang muda semacam umur saya mempunyai lesen untuk sampai ke stadium sana. 




Masuk ke bandar singgah solat Asar di masjid ini. Kelihatan awan mendung dan menandakan semakin hampir dengan waktu hujan. Lihat artikel Masjid Al-Muktafi Billah di blogspot Jom ke Masjid




Singgah di Pasar Payang pula...








Bergambar terus ke pemandangan jambatan angkat. Cuma masa itu waktu maghrib. 








Jam 7.10 kembali terus menyambung perjalanan dengan melalui jambatan angkat. Kelihatan bawahnya terlalu ramai pengunjung disertakan dengan perarakan orang muda bermotosikal datangnya dari Gong Badak. 




Dari jambatan angkat mengambil pula laluan Batu Rakit untuk sampai ke Setiu. Singgah di masjid Tok Jembal untuk bersolat. 




Kelihatan suasana dalam ketika selepas solat Maghrib, terus diadakan solat hajat. Cuma saya singgah untuk menjamakkan solat Maghrib dan Isyak. 




Sampai ke rumah dalam jam 11.10 telah mendapati jarak keseluruhan ialah 328 km. 




Sunday, 2 October 2022

Berjumpa guru-guru lama sekolah menengah di RTC

Salam 4 Rabiul awal 1444H. Ada sedikit perkongsian daripada majlis semalam. 




Tengah hari Sabtu 1 Oktober 2022 saya pergi ke RTC di Tunjong untuk menghadiri satu majlis. 




Ia sebenarnya menghadiri satu majlis perkahwinan anakanda kepada Cikgu Ismail Mohd Naim, merupakan bekas guru sains Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan guru disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota. Cikgu Ismail atau gelaran tersohor 'superhero sains SMK Kota' yang telah bersara wajib pada Julai lepas. Cuma di sini saya dapat bertemu beberapa guru SMK Kota yang masih mengajar atau sudah bersara yang sempat hadir ketika ini. 







Antara yang sempat berjumpa adalah Cikgu Nabihah dari Tingkatan 6, Cikgu Asrinawati yang mengajar sains di kelas saya semasa tingkatan 1 dan 2, Cik Nik Rodina pembantu Pendidikan Khas dan Cikgu Che Muji sebagai guru matematik menengah rendah. Tadi saya dapat berjumpa dengan Ustazah Che Yang sebagai guru agama semasa tingkatan 2 (dia juga sebagai guru agama menengah rendah), cuma tidak dapat bergambar dengannya awal disebabkan pulang. 








Sempat berjumpa dengannya ialah Kak Yah (Zawiah, bertudung ungu) kerani SMK Kota yang dulunya kerani sekolah kebangsaan (SK) Pendek manakala Cikgu Khalilah guru kemahiran hidup yang hadir bersama dua anak perempuannya. 




Itu dia guru yang paling hebat ialah Cikgu Ismail atau lebih dikenali ramai 'Superhero Sains SMK Kota'. Dia memang mengajar sebagai guru sains SPM untuk memperbaiki kelemahan mata pelajaran Sains dalam peperiksaan. Sebelah kiri pula Cikgu Rosnani Ismail yang mengajar Bahasa Melayu SPM merangkap sebagai Penyelaras SPM SMK Kota. 




Ini pula bersama dengan Cikgu Abas selaku guru kaunselor bersama anaknya. Cepat besar panjang semuanya. Zaman saya ketika itu mereka masih sekolah rendah. Selepas itu saya terus ke Terengganu pula untuk menghantar sepupu di sekolah dan sambil-sambil itu bersiar di beberapa tempat. 




Ke KLIA untuk meniti perjalanan ke umrah

Salam. Merujuk pada artikel  Santaian semperna cuti hari keputeraan sultan - Ambil angin di utara Kota Bharu  yang dipersembahkan pada 30 Ok...